RAKAN2:

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran Aidilfitri 1432H

Dari Facebook suami saya.
Dari Facebook saya.

Thursday, August 25, 2011

Laman Sri Payung.

Ramadhan semakin di penghujung dan... insyaAllah Syawal akan menjelma tidak lama lagi.
Semalam, kami berbuka puasa di Laman Sri Payung yang bersebelahan dengan Restoran Bambu Ampang. Sudah tiga kali kami berbuka puasa di sini. Alhamdulilah... makanannya sedap dan menepati citarasa kami anak beranak.
Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang catatan di sini yang tidak menyenangkan hati rakan-rakan bloggers. 0-0 ya. :D
Salam lebaran minal wal faizin. <3

Monday, August 15, 2011

Pen Merdeka

Inilah pen yang digunakan untuk menandatangani watikah kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Pen yang berjasa. Terima kasih kepada Datin Asima sekali lagi untuk pengkongsian yang cukup bermakna.

Mantan Perdana Menteri - Kad Pengenalan





Jutaan terima kasih kepada Mama Datin Asima kerana memberi keizinan untuk berkongsi sejarah yang memukau ini. Barisan gambar mantan perdana menteri mengikut turutannya.

Sunday, August 14, 2011

Jerawat?

Inilah struktur kulit muka yang normal (Rujuk gambar di atas). Jika sesuatu berlaku pada hormon di dalam badan maka kita terdedah untuk ditumbuhi 'jerawat'. Satu perkataan yang menakutkan bagi wanita khasnya. Menurut kata doktor pakar, jerawat terjadi oleh banyak perkara. Di antara faktor yang menggalakkan pertumbuhannya, jika kita ada mengambil ubat-ubatan tertentu, stres atau kurang tidur. Mungkin... dalam hal saya kurang tidur. *_*
Baru-baru ini saya ditumbuhi jerawat yang teruk pada sebelah kanan wajah. Pada permulaannya saya ingatkan perkara biasa namun... keadaan bertukar teruk kerana jerawat itu tidak mahu hilang ke suatu jangka masa yang lama (lebih dari 3 minggu).
Oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit. Inilah kali pertama saya berjumpa dengan pakar kerana sebelum ini, saya tidak pernah dinaiki jerwat sedari usia remaja lagi. Kenapa umur yang hampir lewat usia 30 tahun ini... ada jerawat?
"Ohh... tidak!"
Saya kongsikan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor pakar kulit.
Peringatan, ubat ini hanya di atas nasihat doktor pakar dan kaedahnya mungkin berlainan kepada orang yang lain. Sila rujuk doktor pakar dahulu untuk sebarang masalah ya.
Alhamdulilah... wajah saya semakin hari semakin pulih... kata doktor pakar, perubahan dapat dilihat dalam masa 3 minggu. Selepas ini, saya dapatlah memiliki kulit wajah yang bersih dari sebarang noda dan cela. ^_^ (Senyum lebar)
Jumpa lagi! <3

Friday, August 12, 2011

Fareeda 2011 - Pemenang Faceebook No 2




Gambar yang anda lihat di atas adalah sekitar pertandingan Fareeda di Facebook yang telah lama selesai pada awal bulan tiga 2011 yang lepas. Pertandingan yang telah diadakan di Plaza Masalam berlangsung dengan jayanya. Alhamdulilah, saya telah berjaya membawa pulang beberapa hadiah (rujuk gambar).

Hadiah-hadiah ini merupakan bukti kerjasama yang ditunjukkan oleh beberapa pihak yang menolong saya selama sebulan.

Terima kasih untuk Ikha, Kak Syam, Abang Lin Kuale, Atika, Sue dan beberapa nama lagi. Moga Allah yang membalasnya jua. Amin.


Thursday, August 11, 2011

Kempen Jalur Gemilang

Sebagai seorang penulis, saya tertarik untuk memberi sokongan untuk kempen ini yang dijalankan oleh pihak Utusan Malaysia. Hadiah yang berupa wang tunai yang ditawarkan merupakan suatu bonus bagi saya. Saya lebih mengutamakan sikap menyokong untuk memeriahkan kempen ini.
Owh ya... lupa saya nak beritahu... bonda saya merupakan salah seorang pembawa bendera ketika berlangsungnya acara ini 54 tahun yang lalu di Stadium Merdeka. Jika pihak Utusan Malaysia sudi menemuramah beliau, sila hubungi saya ya. :)

Wednesday, August 10, 2011

Sinar Harian - 10/8/2011

Pagi itu, saya seakan tak percaya apabila menerima panggilan masuk daripada wartawan ini.
"Saya nak 'interview' akak sekarang, boleh?"
Alhamdulilah... hari ini, ada artikel dalam akhbar Sinar Harian yang menyiarkan perbualan saya dengannya tempoh hari. Sila klik gambar untuk baca.
Terima kasih kepada Sinar Harian dan khasnya wartawan ini kerana sudi memilih Asnidar Shafie untuk ruangan Gemilang Penulis. Terima kasih daun keladi... Hehehehe

Sunday, August 7, 2011

Utusan Malaysia, Sabtu - 6/8/2011

Alhamdulilah dan... terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memilih komen saya untuk dimasukkan ke dalam ruangan komen pada hari sabtu yang lepas. (Rujuk gambar)

Wednesday, August 3, 2011

Indahnya Bersahur

Salam sayang.
Alhamdulilah... malam ini masuklah malam ke 4 kita di dalam bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan.
Anak-anak saya telah diajar dan dilatih untuk berpuasa sedari kecil lagi. Mereka telah berpuasa seawal usia 5 tahun lagi tanpa sebarang 'sogokkan'. Saya tidak pernah mengajar anak-anak akan imbuhan jika mereka berupaya untuk berpuasa sebulan. Alhamdulilah, mereka telah lakukannya setiap tahun tanpa sebarang sungutan.
Mereka juga mempunyai kekuatan untuk bangun sahur seawal 4 pagi. Saya begitu teruja melihat menu pagi mereka seperti menu sewaktu berbuka. Mereka cukup berselera sedangkan saya sudah cukup dengan nasi putih, ikan kering dan sedikit kuah. Saya tidak akan pernah lupa untuk mengambil kurma dan air milo. Itulah menu pelengkap saya semenjak di awal usia remaja lagi.
Bangunlah untuk bersahur walaupun dengan hanya meneguk segelas air. Selamat bersahur semua.