RAKAN2:

Monday, February 20, 2012

Air Mata Terakhir Arwah Jora

Sajak ini saya tulis semasa terlihat gambar arwah Kak Jora di facebook. Gambar ini memberi impak yang besar kepada saya. Ada sesuatu yang cuba diceritakan beliau dan cerita itu terkubur bersamanya pada 19 Februari 2012.
Saya sempat menziarahi beliau ketika di ICU. Saya gosok lengannya yang sudah membengkak dengan tapak tangan saya. Saya kira suara saya sudah mati untuk memanggil namanya pada ketika itu. Saya cukup sebak melihat keadaan beliau. Hanya Allah sahaja yang tahu. Pada petang itu juga, beliau pergi mengadap Ilahi.
Semoga arwah tenang di 'sana'. Amin.
Saya kongsikan sajak yang pada perkiraan saya masih belum cukup 'matang'...

Friday, February 17, 2012

Iklan MCK No 4, Dalam Berita Harian


Ruangan Sastera, Jumaat 17/2/2012 N11

Saya rasa ia lebih manis dari kek 'American Chocolate'. Ataupun seenak, kek 'Blueberry Cheese' yang saya sempat jamah di salah sebuah pasaraya terkenal tempoh hari.
Jika saya katakan ia lebih manis dari mempelam kuning yang saya beli dengan harga sekilo RM7.

Semua rasa ada ketika ini.

Alhamdulilah, syukur... pada hari Jumaat yang mulia ini, salah satu siri Merah Cinta Kita ada di iklankan dalam Berita Harian, ruangan Sastera. Saya kira semua penulis mahu buku atau novelnya dipaparkan pada ruangan ini. Tidak kiralah jika iklan itu besar atau kecil. Sudah pasti, iklan mempunyai besar pengaruhnya kepada manusia. Saya kenyit mata untuk itu. *_~

Dikesempatan ini saya dan rakan-rakan ingin berterima kasih kepada pihak Grup Buku Karangkraf yang membuka peluang dan kepercayaan di dalam menjayakan siri Merah Cinta Kita ini. Kepada semua editor, grafik, bahagian penerbitan dan mana-mana bahagian yang tidak disebutkan, terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih juga kepada Berita Harian dan penulis artikel ini. Kami cukup teruja berkongsi muka surat yang sama dengan penulis Thriller yang amat terkenal itu. Ditambahkan lagi, iklan ini berada betul-betul di bawah iklan novel beliau. Mudah-mudahan, ada berkat di situ. Amin. Hehehehe...

Jangan lupa dapatkan siri ini ya adik-adik. :-)

Saturday, February 11, 2012

Di Mana Bayiku?

Alhamdulilah... Jika anda begitu mudah untuk mengandung dan melahirkan. Syukur untuk itu. Baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinan, sudah bunting pelamin.
Siapa yang tidak suka? Hanya pasangan yang tidak normal sahaja.
Saya amat terharu dengan sikap adik ini. Sudah banyak yang dia dan suaminya lalui namun sehingga sekarang... belum ada tanda-tanda kedatangan seorang cahaya mata. Kata orang, ujian tu. Sabarlah ya. Hmmm...
Hanya orang yang mengalaminya sahaja yang tahu... perit dan terik melalui hari-hari tanpa seorang zuriat. Ya. Mungkin kepada sesetengah orang, zuriat bukanlah jawapan segala-galanya. Janji bahagia.
Mujurlah, ada suami yang prihatin. Jika lelaki lain, angkat bungkus dan cari lain. Mereka boleh memberi jawapan, bukan salah saya. Hmmm...
Ini hanya segelintir dari cerita kehidupan sepasang suami isteri. Saya doakan mereka akan beroleh seorang zuriat juga satu hari nanti. Mungkin cerita mereka harus melalui saat-saat sebegini. Dan ini cerita mereka...

Thursday, February 9, 2012

Jom Teh Tarik!

Salah satu keunikan di Brinchang adalah pasar malamnya yang beroperasi hingga lewat malam. Ketika kami berkunjung ke sini tempoh hari, penjual masih lagi membuka gerai mereka walaupun waktu menghampiri tengah malam.
Kami singgah sebentar di sini dan membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Anak-anaklah yang paling gembira apabila mereka dapat membeli sepasang tutup telinga.
Agaknya Ahmad sudah kelabu mata untuk membeli yang mana satu. Heee...

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawati ladang teh Boh yang terletak di suatu kawasan yang bernama Habu di Cameron. Jaraknya dari jalan besar cumalah 7 km. Kali ini, jalannya agak luas dan sesekali kami akan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

Permandangan yang menakjubkan dapat dilihat di sepanjang perjalanan kami. Tidak seperti nama tempatnya, Habu... kawasan ini 'segar' dan amat indah!
Sesuatu yang menarik di sini, apabila saya terpandang sebuah timbunan hitam. Pada mulanya saya mengjangkakan ia adalah timbunan daun-daun teh yang sudah kering. Namun, sangkaan saya meleset apabila ia adalah timbunan daun-daun sawi dan juga serbuk kopi. Bahan ini digunakan untuk menyalai daun-daun teh. Agak menarik bukan? Patutlah serbuk-serbuk teh mempunyai aroma yang wangi dan pelbagai perisa. :D
Apa yang saya dan Ahmad buat tu? Duduk bertenggek di atas bukit? Siapa yang ditunggu? :D
Saya dan Ahmad bukannya menunggu siapa-siapa. Kami melepaskan lelah sebelum menyambung perjalanan mendaki bukit ini.
Oh, sememangnya ia pengalaman yang cukup berharga. Permandangan dari atas bukit ini, sangat menakjubkan! Tak terkata dek penglihatan. Memang indah ciptaan Allah.
Kita dapat lihat keseluruhan ladang teh ini dari sini. Alamilah sendiri da n jangan lupa berkunjung ke sini.
Tunggu ya, saya kongsikan video pendakian kami. :D
Jumpa lagi!

Monday, February 6, 2012

Bandar Buah Strawberri

Ini bukan kali pertama, kami bercuti ke Cameron Highland. Kali terakhir, kami berkunjung ke sana pada penghujung tahun 2010.
Anak-anaklah yang paling teruja kerana mereka akan dapat makan buah strawberri sepuas-puasnya. Namun, tidak bagi Ahmad.

"No, strawberry!"

Itulah ayat yang bermain di bibirnya setiap kali kedua-dua kakaknya bercerita akan buah itu dan apa yang bakal mereka lakukan di Cameron Highlands.

Kami mengikut laluan Tapah-Cameron Highland kerana bimbang keadaan trafik yang pastinya sesak jika mengikut laluan Simpang Pulai-Cameron. Sekitar jam 3 petang kami tiba di kawasan yang dingin itu. Ya. Kali ini, Cameron Highland cukup dingin!

Rezeki pula seakan berpihak kepada anak-anak perempuan apabila sejurus mereka membuka pintu bilik yang terletak pada aras paling teratas, terhidang di atas meja sepinggan buah merah itu dan coklat cair. Apa lagi, serang!

Jika dahulu, kami tidak begitu meneroka bandar dingin ini kerana hujan kerap turun pada sebelah petangnya. Kali ini, saya secara peribadinya cukup berpuas hati kerana dapat membawa anak-anak melihat spesis bunga mawar.

Ahmad begitu teruja mencium setiap bunga mawar yang dilihatnya. Ladang bunga ini penuh dengan bunga-bungaan yang terdiri dari pelbagai warna dan hampir setiap satunya sebesar tapak tangan. Mungkin, lebih besar dari itu!

Sebelum ke Cameron, saya diingatkan pada laman muka buku agar ke lokasi penggambaran filem Ombak Rindu. Khabarnya penggambaran filem tersebut dirakam di kawasan ladang teh Boh di Palas.
Agak mencabar untuk memasuki kawasan ladang ini memandangkan anda perlu memandu kereta sejauh 2 km dan melalui jalan yang sebesar atau muat-muat satu kereta sahaja. Bagaimana jika ada kereta yang datang dari arah bertentangan? Nak tahu jawapannya, silalah berkunjung ke ladang teh Boh yang terletak di Palas, Cameron Highlands. :D



Untuk merasai nikmat meminum secawan teh Boh di kawasan di mana ia dikilangkan, anda perlu menapak dari kawasan rumah-rumah hijau itu.
Jangan lupa bergambar kerana ia mempunyai seribu satu cerita di dalamnya. Tolong abaikan wajah yang penat itu. :D
Kami tidak melepaskan peluang bermain air yang turun dari kawasan berbukit di sini.
Sejuk dan sungguh nyaman. Jika tidak disebabkan faktor masa, anak-anak mungkin tidak akan melepaskan peluang untuk bermandi di sini. Airnya begitu jernih sekali.


"Ada lintah ke dalam ni?" Soal saya berkali-kali kepada suami yang sibuk mengambil gambar kami.
Walaupun jawapannya tidak, saya masih ragu-ragu.
Saya sememangnya 'geli' dengan spesis yang lembik dan hitam! :D
...bersambung.