RAKAN2:

Friday, September 30, 2011

Karyaku!

Dari kiri:
1- Novelog Mimpi Adif, terbitan 2011
2- Merah Cinta Kita No. 2, terbitan 2011
3- Merah Cinta Kita No. 4, terbitan 2011

Thursday, September 29, 2011

Harta Ayah

Saya masih ingat lagi kali pertama arwah ayahanda menunjukkan kompilasi majalah guru yang dia bukukan. Bercahaya matanya dan dia begitu bersemangat ketika bercerita tentang ini. Saya masih boleh ingat bayangan kenangan itu walaupun ketika itu saya masih bersekolah rendah.

Sambil bercerita... dia membuka helaian demi helaian. Saya tidak faham kenapa arwah begitu berminat untuk berkongsi semua buku-bukunya kepada saya. Dan hari ini ayah... anakmu ini faham.
Arwah begitu sayangkan buku ini lalu dia letakkan di tempat yang paling tinggi. Ketika itu, saya memerlukan kerusi untuk mencapainya. Oleh kerana itu, saya hanya membaca novel-novel dan buku-buku yang terdapat di bahagian bawah rak. Kesemuanya saya baca dan kadang-kadang... saya mengulang baca berkali-kali.

Setelah arwah meninggal tiada siapa yang menyentuh kedudukan buku ini. Ia masih di situ dan tetap di situ. Walaupun, saya sudah boleh mencapainya tanpa menggunakan kerusi... saya tidak pula peduli untuk membacanya. Tidak tergerak langsung...

Sehinggalah banjir besar datang ke kawasan Jitra dan meragut lalu menghancurkan kesemua koleksi novel-novel serta buku-buku arwah... kecuali... kompilasi majalah guru ini.

Dan ketika catatan ini ditulis, air mata saya berlenangan...

"Jangan ayah risau, bukumu selamat di tanganku..."

*Al-Fatihah untuk Cikgu Shafie Jaafar.


Jom Ke Bengkel!

InsyaAllah, saya dan rakan akan menghadirkan diri ke bengkel ini. Penceramahnya adalah rakan facebook saya dan saya kenal ketika kami bertemu sedikit masa dulu. Jom ke bengkel!

Wednesday, September 28, 2011

Dua K dan Satu J


Malam ini, saya hendak memperkatakan tentang tiga perkara yang agak mudah disebut dan sukar dilaksanakan. Ia adalah KESETIAAN, KEJUJURAN DAN JANJI.
Kesetiaan
Apakah yang dimaksud dengan setia? Teguh hati, tetap hati dan berpegang teguh.
Persoalannya:
Mampukah kita setia jika melihat kecurangan berlaku di hadapan mata. Di mana letaknya kesetiaan seorang isteri jika terlihat pesanan ringkas milik suaminya yang berbunyi nada sayang daripada seorang perempuan yang lain?
Mampukah seorang tunang mengiakan janji setia sehidup semati jika melihat tunangnya bermesra-mesraan dengan perempuan yang lain.
Dan... bagaimana pula kesetiaan di antara sahabat dengan sahabat yang lain. Masih mampu setia jika sahabatnya meruntuhkan maruahnya di belakang tanpa pengetahuannya?
Kejujuran
Bolehkah kita jujur dalam memperkatakan sesuatu bila mana penyelewengan berlaku di hadapan mata?
Bolehkah kita berlaku jujur kepada orang lain demi menjaga air mukanya. Adakah kita berlaku jujur kepada diri sendiri dengan memperkatakan hal yang sebaliknya?
Jujurkah kita selama ini?
Janji
Islam ada menggariskan tentang janji dan seumpamanya. Kata pepatah melayu, lembu dipegang pada tanduknya... manusia pada janjinya. Saya percaya dalam kontek sekarang... kita mudah sangat menyatakan janji dan agak sukar untuk membuat setelah memperkatakannya.
Ingatlah rakan bloggers, jangan suka menabur janji... hari ini orang akan percaya dan esok... belum tentu lagi.
Hal di atas cuma sekadar ingatan kepada diri sendiri. Tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun sudah tiada.
Jumpa lagi!

Tuesday, September 27, 2011

"Cik adik, mahu beli bunga?"

Semenjak dari kecil, saya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang tidak gemar sebarang jenis bunga. Jika rakan-rakan perempuan saya suka akan bunga... saya tidak boleh untuk menyukainya. Entahlah... Apalah yang agak pelik dengan saya ni?
Arwah ayahanda memang gemar bunga-bungaan. Sewaktu hidupnya, dia mempunyai pelbagai koleksi bunga hidup. Ada Bunga Mawar, Bunga Kertas dan lain-lain lagi. Saya tidak cuba untuk menyentuh atau menolong ayahanda ketika dia sedang menyemai bunga-bunga ini. Saya hanya memerhati dari jauh kerana... saya tidak suka bunga. Kenapa ya?
Mungkin ini sebahagian alasan saya... Untuk menanam dan membelai pokok-pokok bunga ini memerlukan masa. Ya. Masa. Saya tidak ada masa untuk itu. Saya tidak cukup sabar untuk membelek dan meneliti apa yang tidak kena dengan pokok-pokok itu nanti. Akhirnya, mereka akan mati kekeringan. Saya tidak sanggup menjadi seorang pembunuh!
Setelah umur ini menghampiri 40 tahun, saya membeli sepasu bunga-bungaan! Inilah satu-satunya bunga yang saya ada.

Sunday, September 25, 2011

Bumi, Matahari Dan Antares.

Perbandingan di antara Bumi, Matahari dan Bintang Antares. Jika rakan bloggers pernah membaca catatan tentang Antares di dalam blog ini, anda tahu apa maksud saya. Bintang Antares merupakan bintang yang sangat besar dan jejarinya 800 kali dari Matahari!
Saya kongsikan gambar-gambar ini.
Bumi bagaikan satu titik dari Matahari.
Matahari pula, bagaikan satu noktah dari Bintang Antares (Arcturus).

Betapa besarnya galaksi Allah... Hanya Dia yang tahu

Raya Oh Raya.

Semalam (Sabtu), kami mengambil kesempatan beraya di rumah kenalan yang menjemput sempena Syawal yang kian di penghujung. Penat, letih dan tidak bermaya... semuanya bercampur aduk.
Mana tidaknya, kami bermula di kawasan kediaman yang juga turut membuat rumah terbuka untuk ahli kejiranannya. Selepas itu, kami mengharungi trafik yang sesak di sekitar MRR2 untuk ke Jabatan Pengajian Media di Universiti Malaysia. Sedar-sedar, jam sudah hampir melepasi 2 petang!
Apa lagi, kami bergegaslah pula ke Ulu Yam dengan melalui Lebuhraya Utara Selatan dan membelok masuk tol Bukit Beruntung. Dari situ, kami memintas jalan menuju ke Rasa dan keluar semula ke jalan persekutuan di sekitar Batang Kali. Mujurlah, lauk pengantin masih ada di tempat tujuan!
Selesai solat di Masjid Batang Kali, kami sekali lagi mengharungi Lebuhraya Utara Selatan dan kali ini, tempat tujuan adalah Puncak Alam. Boleh rakan-rakan bloggers bayangkan, betapa jauhnya tempat itu dari susur keluar tol Rawang? Huh...
Ketika mentari sudah bersedia untuk mengucapkan selamat malam... kami sekali lagi... ya, sekali lagi... melalui Lebuhraya Utara Selatan untuk ke rumah ipar yang berada di Country Homes, Rawang. Sudah tidak terkira duit minyak dan tol yang mengalir... semata-mata untuk tidak menghampakan niat orang yang menjemput.
Hari ini, Ahad... saya katakan kepada suami. "Saya nak melawat tempat lain pula..." Apa itu? Biarlah rahsia! :D

Thursday, September 22, 2011

Ampang-Beserah-Trengganu (Akhir)

Akhirnya, kami sampai juga ke Trengganu lewat petang itu.
Sesudah selesai membersihkan diri, kami bergegas melawat rakan yang membuat rumah terbuka petang itu.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput kami sekeluarga.
Laksa, mee goreng, nasi himpit dan sup adalah juadah yang cukup sedap petang itu!
Keesokkan harinya, kami memilih pasar payang dan taman tamadun islam sebagai destinasi lawatan kami. Ke Pasar Payang? Beli apalah agaknya? :D :D

Ini adalah pintu gerbang taman tamadun islam di Trengganu. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Kami hanya peruntukkan dua jam untuk mengelilingi taman ini. Saya perlu lebih lama untuk itu dan pasti akan kembali lagi ke sini!
Cuaca cukup panas dan terik hari itu. Berbotol-botol air mineral habis dikerjakan kami anak beranak. :D
Huh, Trengganu memang panas!
Kami mengabadikan berpuluh-puluh keping gambar yang menarik di taman tamadun yang berkonsepkan islam ini.
Saya kongsikan gambar bersama suami tercinta. <3. Oleh kerana suami seorang ahli sukan, berjalan kaki tidak memenatkannya langsung walaupun taman tamadun islam ini cukup luas dan lebar! Saya ingatkan, PAKAILAH KASUT SELIPAR YA!

Sempena bulan Syawal, suatu malammesra Aidil Fitri telah diadakan di hotel ini. Malam yang cukup sederhana dan dimeriahkan lagi dengan nyanyian nasyid daripada bakat-bakat terpendam.
Anak-anaklah yang paling seronok kerana mereka dapat menyaksikan Silap Mata secara langsung di pentas yang serba indah ini. (Rujuk gambar)
Satu pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan fikiran. Kita tidak perlu pergi jauh-jauh dari sini untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi. Segalanya ada di sini!
Malaysiaku yang indah. Jumpa lagi!

Ampang-Beserah-Trengganu (Sambung Lagi!)

Beserah-Kemaman
Perjalanan dari Beserah ke Kemaman tidaklah jauh. Dalam masa 30-40 minit, kita akan sampai ke suatu kawasan yang menjual pelbagai jenis keropok.
Oleh kerana, kami pernah ke sini sebelum ini... kami lebih suka membeli secara borong daripada pengusaha keropok. Gerai mereka berhampiran jeti Kemaman dan masjid.
Anak sulung saya gemar sangat memakan keropok lekor yang sudah direbus (Tanpa digoreng). Langsung ke sini, saya membeli berkilo-kilo keropok keping... tak pasti untuk apa. :D
Perjalanan ke Trengganu pagi Jumaat itu memakan masa agak lama kerana suami bersolat Jumaat di suatu tempat yang bernama Ibok. Walaupun bermusafir pada hari Jumaat, suami tetap menunaikan solat jumaat. Setahu saya ada kelonggaran untuk orang yang bermusafir.
'Jangan membiasakan perkara yang tidak biasa.'>

...nantikan sambungan seterusnya. :D

Tuesday, September 20, 2011

Ampang-Beserah- Trengganu (Sambungan)

Jika rakan-rakan pernah bercuti ke Gambang Resort, De Rhu Beach Resort mungkin pilihan bagi mereka yang pentingkan keselesaan. Jika di Gambang, orang terlalu ramai dan sesak hinggakan nak berjalan pun agak sukar.
Tidak di De Rhu Beach resort... anak-anak lebih selesa bermain air (rujuk gambar) dan mandi di pantai yang menganjur cukup jauh ke tengah laut.
(Rujuk gambar pada 'posting' sebelum ini)
Cuaca yang agak panas membolehkan anak-anak bermain air sepuas-puasnya sebelum kami bertolak untuk meneruskan perjalanan ke Trengganu.
Nantikan... catatannya ya! :D

Ampang-Beserah-Kuala Trengganu

Kami telah pun kembali dari bercuti yang memakan beribu batu perjalanannya. Jika ditolak dan dicampur lebih dari 12 jam, kami berada di dalam kereta sahaja. Huh! Cukup lama bukan?

Ampang-Beserah

Percutian kali ini, telah membawa kami ke suatu daerah yang bernama Beserah. Daerah yang tidak asing bagi kami. Kami kerap ke sini samada berkumpulan ataupun secara berkeluarga sahaja.

Kali ini, kami memilih De Rhu Beach Resort yang terletak di Beserah atau Pantai Hitam. Kali terakhir ke sini, ketika Kak Long berusia 5 tahun! Wow, cukup lama! Hampir 6 tahun!

Perubahan yang ketara di sini... adalah kolamnya. Dahulu kolamnya seakan sungai yang mengalir. Sekarang, tidak lagi. Kolamnya telah dipecah untuk diperbesarkan lagi. Malah, ada kolam untuk kanak-kanak yang agak luas dan menarik.

Itulah yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak saya. Mandi di dalam kolam... walhal rumah kami pun turut dilengkapi dengan kolam. :)

Monday, September 19, 2011

Novelog Mimpi Adif Di Singapura


Novelog ini telah pun berada di perpustakaan di seluruh Singapura. Boleh rujuk petikan di atas untuk makluman lebih lanjut.

Tuesday, September 13, 2011

Solekan Daripada MUA Nurul


Adik Nurul memang berbakat di dalam kerja solek menyolek walaupun usianya masih di awal 20 tahun. Gambar ini diambil oleh adik Xjukie yang memang berseni. Hasilnya, Menakjubkan! Terima kasih adik-adik! <3
Adik Nurul boleh dihubungi di no 017 647 8090. Sila dail, okey!

Solekan Daripada MUA, Giey Roziah (Pahang)

Giey dan saya. :D
Sila hubungi Giey Roziah jika anda inginkan andaman beliau. Sila dail no telefon: 019 9335062. Atau anda boleh layari laman ini untuk keterangan lebih lanjut http://gieyseripengantinkuantan.blogspot
Anda tentu puas hati. Servisnya mantap! Terima kasih Giey. <3

Thursday, September 8, 2011

Sekitar Hari Raya

Gambar-gambar pilihan sempena hari raya. Saya kongsikan...Kami memilih warna biru kehijau-hijauan untuk sambutan Syawal 1432H tahun ini. Anda?
Kami berkunjung ke rumah Cikgu Azrin (Rakan sepersekolahan berbaju kuning). Kelihatan Rosne & keluarga juga turut serta. Sahabat akrab yang senantiasa ada di kala susah dan senang. Alhamdulilah...
Opah Yang yang sudah berusia dan sering sakit-sakit semenjak kebelakangan ini. Matanya sudah rabun... Moga Allah panjangkan usianya dan berikan dia kesihatan yang sempurna. Amin.