Kami singgah sebentar di sini dan membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Anak-anaklah yang paling gembira apabila mereka dapat membeli sepasang tutup telinga.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk melawati ladang teh Boh yang terletak di suatu kawasan yang bernama Habu di Cameron. Jaraknya dari jalan besar cumalah 7 km. Kali ini, jalannya agak luas dan sesekali kami akan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.
Permandangan yang menakjubkan dapat dilihat di sepanjang perjalanan kami. Tidak seperti nama tempatnya, Habu... kawasan ini 'segar' dan amat indah!
Sesuatu yang menarik di sini, apabila saya terpandang sebuah timbunan hitam. Pada mulanya saya mengjangkakan ia adalah timbunan daun-daun teh yang sudah kering. Namun, sangkaan saya meleset apabila ia adalah timbunan daun-daun sawi dan juga serbuk kopi. Bahan ini digunakan untuk menyalai daun-daun teh. Agak menarik bukan? Patutlah serbuk-serbuk teh mempunyai aroma yang wangi dan pelbagai perisa. :D
Saya dan Ahmad bukannya menunggu siapa-siapa. Kami melepaskan lelah sebelum menyambung perjalanan mendaki bukit ini.
Oh, sememangnya ia pengalaman yang cukup berharga. Permandangan dari atas bukit ini, sangat menakjubkan! Tak terkata dek penglihatan. Memang indah ciptaan Allah.
Kita dapat lihat keseluruhan ladang teh ini dari sini. Alamilah sendiri da n jangan lupa berkunjung ke sini.
Tunggu ya, saya kongsikan video pendakian kami. :D
Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment