Saya tidak pernah melalui zaman penjajah. Kebanyakan kisah sejarah ini, diceritakan kembali oleh ayahanda atau bonda. Kerapkali, bonda akan mengingatkan kami, kesusahan pada ketika itu. Ubi kayu sebagai sumber makanan dan gelungan tikar dijadikan alas pakaian.
Apabila pencerobohan berlaku di Lahad Datu, kita seakan terpukul. Tersedar dari lena yang panjang. Saya mengambil peluang ini untuk menceritakan kepada anak-anak apa yang pernah terjadi pada negara tercinta. Saya mahu generasi seterusnya berkorban dan mempertahankan negara dari unsur-unsur sebegini.
Peringatan datang dalam pelbagai perkara dan usahlah bermimpi lagi!
*Al- fatihah untuk mereka yang gugur kerana mempertahankan negaraku.
'Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani' Saya hanyalah makhluk Allah yang biasa sahaja. Segala KELEBIHAN ini bukannya milik saya tetapi kepunyaan Dia. Saya hanyalah perantaraan Dia... yang diamanahkan untuk menyampaikan sesuatu yang baik dalam bentuk penulisan. Semoga yang baik sahaja dikutip, dicontohi dan diteladani dari sini. InsyaAllah.
RAKAN2:
Tuesday, March 5, 2013
Sunday, February 17, 2013
Genting Bukan Sekadar 'Casino'
| Mencuba madu lebah. |
Honey Bee Farm
Ini bukan kali pertama saya dan keluarga menghabiskan cuti di Gohtong Jaya, Genting. Jika ada masa, kami suka ke daerah ini kerana cuacanya yang dingin.
Kali ini, saya berkesempatan singgah di ladang ternakan lebah. Ladang ini baharu sahaja dibuka pada bulan disember tahun lepas. Ia diusahakan oleh seorang warga negara Jepun. Pada permulaannya, saya tidak bersungguh untuk melawat di sekitarnya. Namun, fikiran saya berubah mengenangkan 'ilmu' yang bakal saya kutip dan bawa pulang bersama.
Kali ini, saya berkesempatan singgah di ladang ternakan lebah. Ladang ini baharu sahaja dibuka pada bulan disember tahun lepas. Ia diusahakan oleh seorang warga negara Jepun. Pada permulaannya, saya tidak bersungguh untuk melawat di sekitarnya. Namun, fikiran saya berubah mengenangkan 'ilmu' yang bakal saya kutip dan bawa pulang bersama.
| Serangga yang aktif pada waktu malam. |
Untuk pengetahuan semua, ada bayaran dikenakan dan bukanlah percuma. Kami diringi oleh seorang petugas yang akan menerangkan dengan lebih terperinci apa yang terdapat di kawasan itu. Informasi yang diterima sangat berguna. Baik saya mahupun anak-anak sangat teruja dengan apa yang dilihat, didengar dan dinikmati.
| SubhanaAllah, indahnya. |
Proses pembelajaran dan ilmu bukan hanyalah boleh didapati dalam buku, majalah atau laman sesawang sahaja... Jika ada masa, belajarlah untuk merasai dan melihat sendiri. Ia lebih bernilai dan kita lebih menggunakan akal untuk lebih berfikir...
Wednesday, February 13, 2013
FAREEDA - Butik Dalam Taman
ALLAH berfirman, "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman." Surah al-Hijr:46
| Butik Berwajah Baharu |
Sudah lama, saya tidak berkunjung ke butik FAREEDA di Permatang Pauh. Kali terakhir saya ke sini pada November 2011. Itupun, lebih dari setahun yang lalu. Seringkali, ada sahaja yang menghalang untuk saya kembali ke butik ini sehinggalah... saya terdengar berita tentang butik yang telah berwajah baharu. Hati... semakin berkobar-kobar untuk melihat sendiri perubahan itu.
Bersempena cuti perayaan Tahun Baru Cina yang lalu, saya dan keluarga mengambil peluang ini untuk singgah sebentar ke butik ini. Tidaklah sesukar mana untuk mencari dan mengenal pasti kedudukan butik berjenama hebat ini. Selepas sahaja, kami melewati tol Juru dari arah utara (Alor Setar), kami mengambil susur keluar Seberang Perai. Dari sini, perjalanan hanyalah memakan masa lebih kurang 15 minit sahaja.(Rujuk peta di sebelah)
Jika sebelum ini, gambaran sebegini akan 'menyambut' kedatangan pengunjung, pelanggan dan juga penggemar tudung FAREEDA. Kini, tidak lagi. Hampir separuh dari kawasan ini telah bertukar! Pemilik beruntung kerana mempunyai tapak rumah yang sangat luas dan juga 'in house designer' nya sendiri. Apa sahaja boleh dilaksanakan tanpa memerlukan kos tambahan. :)
Untuk pengetahuan semua, inilah rumah asal yang 'melahirkan' seorang usahawan wanita yang cekal, Puan Faridah Zakaria.
![]() |
| Dahulu |
Untuk pengetahuan semua, inilah rumah asal yang 'melahirkan' seorang usahawan wanita yang cekal, Puan Faridah Zakaria.
Oh! Ya! 'Billboard' ini didatangkan dengan sistem jadual berautomatik. Maksudnya, anda boleh mengetahui jika butik ini beroperasi ataupun tidak pada hari itu. Disertakan juga, pemberitahuan masa untuk kesenangan pelanggan. Menarik, bukan?
Walaupun kawasan ini belum siap sepenuhnya, ia sudah menarik permerhatian saya semenjak awal lagi. Saya begitu terpukau dengan sekeping potret yang terpapar pada dinding butik. Gambar pemenang model pertama FAREEDA menghiasi sudut ini. Padanan rona biru dan dinding berkotak coklat menjadikan ia tempat yang harus anda 'abadikan' ketika berkunjung ke sini.
Deretan keladi yang segar tidak berupaya mengalihkan pandangan saya dari menatap gambar-gambar model jelita menggayakan tudung pelbagai warna.
Bak kata pepatah, 'cegah lebih baik dari mengubatinya'.
Sudah tentulah, FAREEDA Sara tersenarai sebagai paparan terkini dan menjadi pilihan koleksi penggemar tegar.
Gambar ini saya ambil sebagai kenang-kenangan dan juga buat tatapan pembaca di blog. FAREEDA Zaynab adalah koleksi tudung labuh yang boleh anda beli dan dapati di mana-mana butik FAREEDA. Ia sebagai bukti, jenama ini ada mengeluarkan saiz tudung labuh. Jika anda perhatikan di belakang saya, ada pelbagai warna dari koleksi ini.
Anda boleh datang dan cuba sendiri di sini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Bila dah cinta, tidur malam... mengigau-ngigau. :)
Saya amat berterima kasih kepada pemilik FAREEDA, Puan Faridah dan keluarga kerana mengalu-alukan kedatangan kami tempoh hari. Jenama ini semakin dekat di hati kami...
Pembaharuan sebegini amatlah cocok dengan keadaan semasa FAREEDA yang semakin berkembang dan mendapat tempat di hati peminatnya. Kepada mereka yang masih belum singgah di butik ini, silalah berbuat demikian.
Anda tidak akan tahu, apa yang bakal menanti di sana!
Anda tidak akan tahu, apa yang bakal menanti di sana!
Tuesday, February 12, 2013
My Piza, O La La!
Bercuti memang seronok! Parahnya... nafsu kita akan terbuka seluas-luasnya apabila tiba bab makanan. Entah kenapa, perkara ini sering terjadi kepada saya... Anda?Sebenarnya, saya telah senaraikan makanan yang saya akan jamah
Ya. Cerita ini berkisar tentang gambar di sebelah. Piza, bukan makanan ruji Malaysia. :)
Sebetulnya, piza ini saya perolehi di suatu kawasan yang bernama Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kedai piza ini diusahakan oleh seorang rakan suami yang bernama Abang Zul. Saya pun tidak mengjangkakan akan berjumpa dengan beliau dan pizanya... Hehehehe...
Keunikan piza ini terletak pada sos, roti dan juga harganya. Memandangkan ia diusahakan di kawasan luar bandar, harga yang ditawarkan amat berpatutan. Hinggakan... saya dan suami berkali-kali bertanya akan hal ini.~Rujuk gambar di sebelah.
Menurut cerita Abang Zul, sos yang dipalitkan pada piza ini adalah resipi keluarga. Oh! Patutlah... saya 'mengadap' piza ini tanpa henti. :D Sangat sedap!
Abang Zul dan isterinya telah mengusahakan kedai mereka setahun yang lalu. Kebanyakkan permintaan piza ini datangnya daripada pelajar kolej yang tinggal berdekatan dan juga mereka yang pernah mencuba piza ini. Tambah Abang Zul lagi, sekali cuba... pasti terpikat.
Mereka yang berdekatan dengan kawasan ini, bolehlah menelefon Abang Zul dan mendapatkan pizanya. Beliau akan menghantarnya terus ke rumah anda tanpa apa-apa cas.
Eh! Biar benar?
Namun begitu, Abang Zul akan juga melayan permintaan mereka yang berada di luar kawasan Bertam sekiranya, oder mereka melebihi 10 keping piza. Jika tidak, mereka haruslah mengambilnya sendiri di kedainya.
Abang Zul pernah juga menerima tempahan 30 keping piza dari sebuah sekolah di sekitar Sungai Petani. Beliau bercadang untuk mengembangkan pizanya dengan lebih meluas lagi.
Abang Zul pernah juga menerima tempahan 30 keping piza dari sebuah sekolah di sekitar Sungai Petani.
Terima kasih kepada Abang Zul kerana melayan kami dengan pizanya yang... O la la! Telefon sekarang untuk sekeping piza yang panas, lembut dan... sangat sedap!
Monday, February 4, 2013
Saya Dapat ILHAM!
Pesta Buku Karangkraf 2013
1hb Feb Hingga 3 Feb, 2013.
Bertempat Di Gedung Buku, Karangkraf.
Tiga hari saya berkampung di booth ILHAM. Sebuah portal 'online' yang ditubuhkan buat mereka yang suka berkarya. Tiada batas dalam corak dan cara anda melempiaskan bakat dalam bidang penulisan. Ini tempatnya!
Tiga hari saya berkampung di booth ILHAM. Sebuah portal 'online' yang ditubuhkan buat mereka yang suka berkarya. Tiada batas dalam corak dan cara anda melempiaskan bakat dalam bidang penulisan. Ini tempatnya!
Jika tahun lepas, saya memeriahkan booth Merah Cinta Kita, kali ini saya menggunakan pengalaman untuk menarik penggemar novel ke sini. Memandangkan tiada novel atau novelist sebagai tarikan utama, kami berpeluang juga menyampaikan kelebihan portal ini kepada sebilangan pengunjung.
Portal yang baharu sahaja dua bulan ditubuhkan ini, pasti akan diwar-warkan secara meluas oleh Karangkraf, sedikit masa lagi. Saya percaya!
Saya kongsikan beberapa gambar yang saya kira anda boleh agak siapa mereka. Wajah mereka kerap terpampang di dada akhbar. :)
Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi singgah dan mendengar celoteh saya. Saya tinggalkan anda semua dengan, sesuatu dari jiwa...
Di dalam apa tugas sekalipun, sikap berkerjasama itu penting dan akan meletakkan siapa kita di kemudian hari. Jika kita bergerak secara berkumpulan, janganlah mementingkan diri sendiri dan cuba meletakkan kita diketengah daripada orang lain. Saya yakin, masa itu akan datang dengan sendirinya jika kita lakukan kerana ALLAH Taala. Bukankah itu kerja DIA?
Jom kita cari ILHAM! :D
Jom kita cari ILHAM! :D
Tuesday, January 29, 2013
Teaser RAHSIA
Karya RAHSIA
Genre seram/misteri. Remaja.
Kita WAJIB percaya sesuatu yang berlaku itu di atas keizinan ALLAH S.W.T. Ada hikmah yang terkandung dalam setiap perjalanan itu. Ketahuilah apakah misteri yang cuba diungkapkan dalam... RAHSIA.
Klik link di bawah, untuk membacanya.
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=127&idc=441#.UQdqxPLk9zV
Thursday, January 24, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)






