Peminat Fanatik! |
< 3 Jika sudah cinta... ke mana saja akan ku turuti... >3
9 keping tiket EPL Master League! |
Kali ini, kesemua tiket diberi oleh salah seorang rakan suami. Mujurlah, si pemberi tiket ini tidak minat bola sepak. :D
Besar tapak tangan, padang bola kami tadahkan... ~Sengeh~
Besar tapak tangan, padang bola kami tadahkan... ~Sengeh~
Kami sama sekali tidak melepaskan peluang ini walaupun acara ini memakan masa berjam lamanya. Anak-anak begitu asyik memerhati keadaan di dalam stadium dan tidak banyak merungut. Sesekali, mereka teruja mendengar lagu-lagu yang didendangkan oleh kumpulan Ultras Malaya.
Saya dan suami suka melibatkan anak-anak dalam apa jua acara dan bentuk riadah. Lagipun, perkara sebegini tidak akan berulang kembali. Saya mahu anak-anak mengingati saat dan ketika mereka bersama kami.
Mana tahu, suatu hari nanti... mereka akan bercerita sesama sendiri...
"Abah minat bola, ibu suka ambil gambar..." :D ~Senyum lagi~
"Abah minat bola, ibu suka ambil gambar..." :D ~Senyum lagi~
No comments:
Post a Comment