Tarikh: 15/07/2012
Bertempat: Rumah Kasih Harmoni, Rawang
Bergambar di lokasi pertemuan. |
Tim sehelai baju sudah aktif di dalam program ini semenjak tahun 2010 lagi. Ini adalah tahun ke 3. Tim ini mengumpul, mengagih dan menyalurkan baju kurung/ baju melayu BAHARU sahaja kepada anak-anak yatim. Ia akan bergerak sekiranya menerima bantuan daripada orang perseorangan mahupun korporat.
Anda boleh layari www.sehelaibaju.com untuk membaca serba sedikit sejarah penubuhannya.
Bergambar sebagai kenangan di hadapan rumah anak yatim 'Kasih Harmoni'. :) |
Semalam, tim sehelai baju melakukan aktiviti penyerahan baju-baju ini di salah sebuah rumah anak -anak yatim di kawasan Country Homes, Rawang. Ini adalah aktiviti penyerahan yang pertama bagi tahun 2012. Rakan-rakan facebook juga dilihat turut serta untuk memeriahkan majlis ini. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar.
Semua ini tidak akan tercapai tanpa perjuangan dan semangat yang kental. Bukannya sesuatu yang mudah untuk meminta belas kasihan daripada mereka yang kita tidak kenal untuk sama-sama menyumbang kepada anak-anak yatim. Secara khususnya, semua sumbangan diterima daripada rakan-rakan di facebook.
Saya kerap membaca tohmahan dan komen-komen jelik yang mempersoalkan tentang pergerakan tim ini. Malah, baru-baru ini web sehelai baju telah diterjah oleh mereka yang KURANG ILMU. Namun, Allah lah yang menggerakkan segala sesuatu. Bukannya manusia. Jika Dia berkehendakkan sesuatu, tiada kuasa yang boleh menghalangnya.

Doa. YB Mohd Isa (Berbaju kemeja biru) |
Saya berdoa ramai lagi, anak-anak yatim yang akan gembira dengan sumbangan ini. Aamiin.
Jom tolong kami, bantu mereka! Allah! Allah!
Assalam...Good job my friend<3<3<3
ReplyDelete