RAKAN2:

Friday, January 21, 2011

Insaflah

Buat semua yang disayangi,

Sedar tak sedar sudah 21 satu hari kita sudah melangkah ke dalam tahun 2011. Usia semakin bertambah dan masa tidak akan pernah menunggu kita.


Kata orang, maut tidak akan dicepatkan atau dikurangkan walaupun sesaat. Cuba tanya diri kita, adakah kita bersedia untuk menghadapi maut pada bila-bila masa. Usah bayangkan apa yang bakal kita tinggalkan pada orang yang kita sayangi... tapi fikirkan apa bekalan kita di sana nanti.


Adakah kita akan lulus ujian apabila disoal jawab oleh Munkar dan Nakir? Adakah kita sememangnya akan masuk syurga walhal sebenarnya kita amat berdosa. Layakkah kita untuk syurga ALLAH?


Oleh itu, saya ingin mengingati diri sendiri dan anda yang selalu berkunjung ke laman merpati putih ini... berbudi pekertilah sepanjang masa. Jangan jadikan diri kita makhluk yang hanya tahu merosakkan atau melaga-lagakan orang lain.

Sememangnya, neraka ALLAH itu benar dan mati itu benar.

Salam sayang.

Thursday, January 13, 2011

Di Mana Novel Mimpi Adif?

POPULAR Bukit Jambul, Pulau Pinang. Terima kasih kepada adik Fifi.


MPH Alpha Angle, Jaya Jusco Wangsa Maju.

Kinokuniya, KLCC. Novel ini di bahagian kanak-kanak.
POPULAR Wangsa Walk. Novel ini di bahagian Sci-Fi

*Ini adalah sebahagian gambar novel Mimpi Adif di kedai-kedai yang dilawati saya. Anda boleh e-mel kepada saya jika ada mengambil gambar novel ini di kedai-kedai buku yang lain. Terima kasih.

Wednesday, January 12, 2011

Novel-Novel Buku Prima Terlaris Minggu Ini


Alhamdulilah, novel Mimpi Adif termasuk dalam carta Buku Prima minggu ini.
Jutaan terima kasih kepada mereka yang sudah memiliki novel ini. Pada mereka yang belum memilikinya, anda boleh merujuk kedai-kedai buku berhampiran. Jika terdapat sebarang kesulitan, anda boleh menghubungi Buku Prima dan saya di laman facebook. InsyaALLAH, kami akan bantu.

Tuesday, January 4, 2011

Novel MIMPI ADIF- 'NOVELOG'


Apa itu NOVELOG?
NOVELOG adalah sebuah catatan perjalanan dari A hingga Z. Ia merangkumi kisah-kisah cinta, cita, misteri, thriller, suka dan duka. Kesemua kisah ini diadun sebegitu rupa dan disokong oleh informasi yang berguna dan benar. Ada juga peta, lakaran dan gambar-gambar bagi menambahkan perisa kisah-kisah di dalamnya.
Cerita di dalam novel ini digarap dari pengalaman dan pengamatan penulis sendiri. Ia ditokok tambahkan sehingga menjadikan penceritaan di dalamnya sebegitu rupa.
Dapatkan novel MIMPI ADIF, sekarang!
Salam sayang...

'Review' Novel MIMPI ADIF Dan Menang!


Tarikh tutup: 24/1/2011. Sila rujuk laman 'fan page' Buku Prima. Terima kasih.

Saturday, January 1, 2011

Antares dan Aku

Kita belajar dari kesilapan lalu. Kesilapan dalam memilih... Kita mungkin tidak sedar di antara seribu yang mendatang, semuanya mempunyai agenda yang tersendiri. Kita harus bersyukur kerana dengan rahmat-Nya, DIA membuka mata kita... untuk melihat, mengkaji dan membuat pilihan.
Semuanya di tangan kita. Tutup buku lama dan buka buku baru... hadapilah kepayahan dan liku-liku kehidupan ini dengan lebih bersemangat. Semoga sinar Antares masih menyala-nyala dan berapi menunggu kita di penghujung jalan ini. Harinya, pasti tiba untuk itu!
"Antares, tunggu aku. Aku datanggg!"