RAKAN2:

Tuesday, March 8, 2011

Salam

Salam sayang untuk semua,
Sudah agak lama saya tidak mencoret sebarang entri yang baru. Pagi ini, masa saya agak terluang sedikit untuk mencuri pandang blog Merpati Putih ini.
Untuk makluman semua, pertandingan Fareeda Kosmo 2011 di Facebook baru sahaja selesai semalam. Saya begitu terharu dengan jumlah kutipan klik 'like'. Terima kasih kepada semua yang mengundi saya di laman Fareeda..Nyata Jelita.
Sekarang, saya sibuk menyambung kembali kerja-kerja penulisan saya yang tertunggak.
Terima kasih sekali lagi untuk semua yang sudi menjengok ke laman ini.
Hingga berjumpa lagi!