RAKAN2:

Monday, February 10, 2014

Cooking With Love

Ayam bakar yang menggunakan 'western
Recipe'
Sejak akhir2 ini, saya suka mencabar diri dalam bidang masakan. Oven yang sudah lama terperuk, saya gunakan hingga ke peringkat... saya perlu ketuhar yang baharu.
Alhamdulilah, apa sahaja yang saya cuba jayakan, berhasil. Suami dan anak2lah yang menjadi juri utama. Saya tidak perlukan yang lain. Saya lakukan semua ini untuk mereka. Saya banyak kongsikan gambar masakan melalui instagram. Anda boleh add saya di situ. Masih menggunakan nama, Novelist Asnidar Shafie.

Agak mudah membuat, 'roasted chicken' seperti yang terpapar dalam gambar. Anda hanya perlu google di youtube dan pilihlah salah satu resipi. InsyaAllah, ia akan berhasil juga. Saya hanya gunakan bahan2 yang mudah. Kadangkala kita tidak perlu beria2 dan yang penting, masaklah dengan penuh kasih sayang. :)

Wednesday, February 5, 2014

Tun Dr M, Voice Of Asia!

Tun Dr M membelek nama yang tertera
di dalam buku tulisannya.

Sudah lebih 15 tahun saya mengahwini seseorang yang sangat 'down-to-earth'. Semenjak mengenalinya, saya tidak pernah melihat dia meninggi diri walaupun dia mengaut tempat 'dean list' setiap semester di universiti. Saya yang kembang semangkuk, sehingga ke hari ini!

Ketika, suami membawa bondanya bersiar2 di Putrajaya tempoh hari, salah satu tempat yang dilawati adalah ke pejabat rasmi Tun Dr M. Jauh di sudut hati saya, saya tahu maksud tersirat disebaliknya... Suami mahu bondanya berbangga punyai anak yang sudah sampai ke tahap ini. Walaupun duit senantiasa menjadi ukuran 'kecemerlangan', hakikatnya, nilai ringgit itu tidak boleh membeli kepingan gambar2 mahupun pengalaman yang berjaya dirakam suami sendiri. Tidak semua daripada kita memperolehi peluang sebegini.
Golden Signature

Sayalah orang yang terlalu gembira hinggakan nafas pun tidak sesempurna biasa apabila mendapat tahu, suami akan berjumpa dengan pemimpin hebat ini. Mungkin, pandangan politik kita berbeza tetapi kita harus sedar, beliau sememangnya sangat 'berilmu'!

Mungkin, saya belum diizinkan Allah untuk bertemu Tun... namun begitu cukuplah tanda mata ini sebagai kenangan. Allah hanya beri apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita pinta.

Akhirnya, impian saya untuk melihat tandatangan Tun di dalam buku 'A Dr In The House' tercapai jua... itupun selepas 3 tahun naskhah ini di dalam simpanan! 

Tuesday, February 4, 2014

Kak Long: Doa Ibu Senantiasa Mengiringimu

Anugerah Penghormatan Pengetua
Untuk Kali Ke 2/2013, Alhamdulilah
Program Gerak Gemilang
30 Januari, 2014.

Ada sesuatu yang tidak boleh kita kawal, sistem. Biarpun sistem pembelajaran berubah2 dan semakin tidak difahami, tugas seorang pelajar adalah untuk bersedia dan terus berusaha... 

Kejayaan tidak pernah datang bergolek. Kejayaan juga tidak akan hadir, sesudah anak membuka mata setiap pagi. Kejayaan tidak pernah datang dalam realiti jika tanpa usaha... Usaha perlulah dalam semua bentuk. Pengorbanan masa, wang ringgit dan juga... air mata. Jangan pula lupa senjata orang islam, doa!

Saya pernah berkias kepada kak long, pastikan dia senantiasa berada dalam kelompok hadapan ketika berlari. Ikutilah mereka dengan rapat... jangan biar ada ruang di antara dia dan mereka. Anak pasti berjaya.

Di sini, saya kongsi sedikit kegembiraan dalam ratusan titisan air mata yang pernah tumpah setahun yang lalu. Sesekali, saya hampir tewas dan menyerah kalah. Tika itulah saya bangun dan mengingatkan diri sendiri. Ya. Bukannya senang untuk 'melepaskan' dan akhirnya, saya bersyukur kerana Allah mengizinkan kak long, 'berada dalam kelompok hadapan setiap semester. Aamiin. Alhamdulilah.

Khas untuk kak long,

"Untuk perjuangan yang belum selesai... teruskan anakku. Doa ibu senantiasa mengiringimu."