RAKAN2:

Thursday, July 28, 2011

Ramadhan Al-Mubarak 1432H

Selamat berpuasa dan menyambut kedatangan bulan mulia ini. Semoga kita dapat berusaha mencari pahala berlipat kali ganda dalam bulan yang penuh rahmat ini. Amin.

Wednesday, July 27, 2011

Harian Metro-26/7/2011

Alhamdulilah... ada juga orang yang sudi meletakkan gambar saya pada ruangan ini. Terima kasih kepada pihak yang terlibat. <3

Tuesday, July 26, 2011

MITC Melaka

Anak-anaklah yang paling seronok jika mereka mendapat tahu akan pergi bercuti. Sebelum kami ke Pahang, kami bercuti ke Melaka.
Sebenarnya bukanlah niat kami untuk pergi bercuti tetapi sekadar mengikuti suami berkursus di sana. Dikesempatan itu, kami memberi sokongan juga kepada dia yang memasuki pertandingan bowling peringkat agensi agama kebangsaan yang berlangsung di MITB Melaka. Alhamdulilah, suami berjaya mendapat tempat ke 3.
Bukankah perjalanan itu mendewasakan?

Pantai Balok, Pahang.

Alhamdulilah... diberi rezeki Allah dan dipanjangkan umurnya... maka kami sekeluarga dapat kembali menjejakkan kaki ke Pantai Balok lagi, hujung minggu yang lepas.
Saya pernah bercerita tentang tempat ini tahun lepas. Balok Seaview Resort yang cukup tenang dan damai menggamit kedatangan kami lagi. Walaupun ada desas desus yang tidak menyenangkan hati kami, kami harap Pantai Balok akan terus damai seperti selalunya. (Rujuk gambar)
Kali ini, kami agak lama juga di sini. Kami sempat meluangkan masa ke Teluk Cempedak dan Kemaman, Pahang. Saya kutip dan simpan pengalaman yang begitu berharga ini. InsyaAllah, jika diizinkanNya, saya akan kongsi dalam manuskrip akan datang. Amin.

Thursday, July 7, 2011

Novel Mimpi Adif-Slideshow

Novel Mimpi Adif Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Novel Mimpi Adif Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Monday, July 4, 2011

Majlis Pelancaran Teen@Prima & Kids@Prima

Pada 3hb Julai 2011 telah diadakan Majlis Perlancaran Teen@Prima & Kids@Prima di SACC, Shah Alam. Sebanyak 40 judul telah dilancarkan dengan rasminya oleh Puan Sri Diah selaku Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, termasuklah novel Mimpi Adif. Diharap dengan pelancaran ini penerimaan novel Mimpi Adif akan lebih rancak di pasaran. Amin.
Terima kasih Karangkraf, Buku Prima dan semua yang telah menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak.
*Jurufoto-Cik Rosie
*Tajaan jubah- www.nazira.biz