RAKAN2:

Monday, January 30, 2012

Guru Itu Pelita Ilmu


Tak sangka sungguh hari itu. Saya hanya duduk dan pandang ke hadapan. Entah apa yang saya lihat, saya pun tidak tahu.

Nah, tidak semena-mena... muncul dari sebelah kiri jalan... mengatur langkah yang amat perlahan dan senyumannya yang manis itu tidak lekang dari bibirnya. Serba merah jambu wanita itu.

Amboi, cantiknya!

Saya bingkas bangun. Tanpa banyak kata, saya meluru keluar dan menghulurkan salam kenal. Eh, saya sudah lama kenal beliau... semenjak dari zaman universiti lagi. Beliau tidak asing di kalangan kami, para pelajarnya. :)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan, jika saya menegur beliau yang merupakan guru saya sendiri, kan? :D

Hormatilah guru ya, adik-adik. :)

Saturday, January 28, 2012

Ayah Dafi!

Karnival Karangkraf akan menutup tirainya esok malam. Jika adik-adik belum mengunjungi karnival ini, silalah berbuat demikian.
Alhamdulilah, kali ini... saya diberi peluang untuk menjayakan 'booth' Merah Cinta Kita disamping adik Nurul Syahida Dan Cahaya Izzati. Peluang ini tidak pernah saya lepaskan memandangkan, saya boleh belajar banyak perkara. Terutamanya mengenali hati budi adik-adik penulis yang hebat ini.
Keterujaan kami ditambahkan lagi dengan lawatan singkat Datuk Sabri ke 'booth Merah Cinta Kita.



'Apa nak cakap? Macam mana nak senyum? Meja dah kemas?' Itulah perkara yang ada di dalam pemikiran saya.


Apa yang boleh saya katakan di sini... kita tidak menjangkakan sesuatu perkara itu. Makanya, kita harus bersedia setiap masa.
Namun, kami cukup berpuas hati kerana... Datuk Sabri sudah tentu akan teringatkan Merah Cinta Kita apabila beliau melihat warna MERAH! Hehehehe...
Terima kasih Datuk Sabri kerana sudi singgah. Kirim salam Dafi ya. :)

Sunday, January 22, 2012

Ahmad Sudah 5 Tahun!

Sudah lima tahun, saya melahirkannya. Saya pun sudah lupa trauma melahirkan dia.

Hari jadi anak saya, Ahmad pada 20/1/2012 disambut dalam keadaan yang cukup sederhana. Paling penting, anak-anak suka dengan pilihan menu mereka. :D


Saya kongsikan kek Ahmad yang telah ditempah khas. Lukisan kereta formula1 diabadikan pada kek ini. Tertera nombor 5 pada lakaran kereta tersebut. Ini sebagai tanda, Ahmad sudah mencecah 5 tahun pada tahun ini!
Saya cukup suka pada gambar ini. Entah kenapa, gambar ini seakan menceritakan perasaan saya malam itu. Anak saya, Ahmad sudah 5 tahun! Masa sememangnya bergerak pantas!

Jika pada suatu hari nanti, Ahmad boleh membaca catatan ini, dia harus tahu betapa saya sayangkan dia. Amat-amat sayang! Moga dia menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Doa saya agar dia senantiasa ingat akan Allah dan kedua ibubapanya. Amin.

Ibu sayang Ahmad! <3

Friday, January 20, 2012

Limau Paling Manis.

Pada kebiasaannya, sebiji buah limau di atas sama dan serupa seperti buah-buah limau yang lain. Tetapi... cerita ini menjadikan ia buah limau yang paling manis bagi saya.
Seperti biasa, saya menjemput Ahmad dari tadika tepat jam 12 tengahari. Dari jauh, dia sudah tersenyum lebar.
"I've got something for you!" Jerit Ahmad berdiri di dalam barisan.
Mata saya terpandang sekotak buah limau yang diagih-agihkan oleh guru tadikanya. Dalam hati saya berkata, anak saya ini tidak makan sebarang buah. Sudah tentu dia tidak akan menghampiri kotak tersebut.
Namun, sebaliknya yang berlaku. Ahmad memberi saya sebiji buah limau.
"For ibu."
Hati saya cukup tersentuh.
'Sebiji buah limau untuk ibu daripada anakku, Ahmad.'
Inilah buah limau yang paling manis. :)

Sunday, January 15, 2012

Siapa Selepas Datuk LCW?

Hari ini, suami mengajak kami ke stadium badminton untuk melihat perlawanan akhir Terbuka Malaysia di antara Datuk Lee Cheong Wei dan Tago (Jepun).
Mungkin ada sesetengah yang akan mengatakan lebih baik duduk sahaja di hadapan kaca televisyen daripada bersesak-sesak untuk ke sana.
Jawapan itu kurang tepat bagi peminat fanatik sukan seperti suami saya!

Semenjak awal lagi, saya sudah menjangkakan Datuk LCW akan menang. Tago bukannya lawan beliau tetapi sudah rezeki Tago untuk mendapat tempat ke dua dan membawa pulang lebih RM40K! Wow!







Kehadiran penonton yang membanjiri kawasan stadium ini adalah satu yang amat dibanggakan. Walaupun tiket yang paling murah berharga RM25 seorang, setiap ruang dipenuhi oleh peminat sukan.
Kebanyakkan ibu bapa mengambil masa ini untuk membawa keluarga mereka menyaksikan acara hebat ini. Satu cara untuk mendidik anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sebelum saya mengakhiri catatan ini, saya tinggalkan anda dengan satu pertanyaan.
Siapa selepas Datuk Lee Cheong Wei? Siapakah yang akan membuat tarikan sebegini di masa hadapan? Kita perlukan 10 orang pemain badminton yang sama atau lebih, seperti beliau!

Syabas Datuk Lee Cheong Wei! <3

Wednesday, January 11, 2012

Majalah Klik 158 2012

Iklan Merah Cinta Kita yang berwarna merah ada dipaparkan dalam majalah-majalah di atas. Sila dapatkan.

Ringkasan siri Merah Cinta Kita 2 bertajuk 'Selamat Tinggal Tokio Hotel', ada dimuatkan dalam majalah Klik siri 158. Adik-adik boleh melihat dan membaca catatan ini dalam majalah Klik jika berkunjung ke kedai-kedai buku berhampiran.
Jangan lupa dapatkan siri MERAH CINTA KITA dan adik-adik berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Karangkraf. Ingat, tarikh tutup 31/5/2012! :D

Monday, January 9, 2012

Kau Di Dalam Emosi?

Saya kira semua penulis berupaya mengawal emosinya dengan bagus. Emosi hanya dicurahkan pada helaian kertas yang berupa sebuah manuskrip. Kan lebih bernilai begitu?
Saya kira kawalan emosi ini tidak datang sehari dua. Ia datang secara berperingkat-peringkat terutamanya ketika kita berhadapan dengan sebarang masalah. Sedikit demi sedikit, kita mendidik hati untuk bersabar. Kan itu lebih bagus?
Semua orang akan berhadapan dengan tekanan. Jadi kawallah emosi anda. Ia menunjukkan siapa anda di mata semua orang. Untuk itu, saya harus berterima kasih kepada Allah kerana menghadirkan seorang 'guru' yang mengajar saya secara tidak langsung akan hal ini.
Ada masanya, saya akan terbabas juga tetapi... saya akan pastikan ia di dalam keadaan minima dan terkawal. Hehehe...

Anda beremosi? Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.

Ini kelebihan semua penulis. Mereka berupaya menulis dan membuai pembaca dalam emosi yang berbeza-beza. :D

Friday, January 6, 2012

Bagaimana Menghasilkan Karya?

Saya bukannya orang yang layak untuk membimbing adik-adik untuk menghasilkan karya yang bagus. Saya masih lagi menapak dan banyak yang masih belum diketahui. Namun begitu, untuk tidak menghampakan harapan adik-adik yang kerap kali bertanya, bagaimana saya menulis... saya sertakan di sini blog seorang penulis prolifik yang saya kira boleh dijadikan panduan.

http://shahriahnovelis.blogspot.com/


Seperti kata Puan Shahriah, setiap penulis ada caranya tersendiri untuk mencari idea di mana dan bagaimana. Adik-adik boleh membaca catatan ini di bawah tajuk, 'Dari mana datangnya idea'.
Terima kasih kepada Puan Shahriah yang sudi berkongsi serba sedikit tentang pencerahan ini.

Semoga catatan ini menjawab persoalan adik-adik ya. :D

Tuesday, January 3, 2012

Ahmad, Jom Ke Sekolah!

Ini gambar saya dan abang... juga beberapa orang guru dan arwah ayah (Berdiri paling kiri).

Ketika ini, saya berumur 5 tahun. Gambar ini cukup lama dan amat bermakna. Kami bergambar di hadapan bangunan sekolah yang baru sahaja siap didirikan, Sekolah Kebangsaan Kepala Batu. Saya kira nama sekolah ini sudah bertukar sekarang.
Saya tidak pernah ke tadika. Gambar di atas buktinya!
Hari ini... Ahmad, anak saya yang bongsu memasuki alam tadika. Saya begitu teruja dan resah. Dapatkah dia bergaul mesra dengan kawan-kawannya yang baru? Adakah dia akan mendengar kata gurunya? Gambar di atas membuktikan, dia berjaya melaksanakan tugas baru ini tanpa... saya. *_*
Agaknya apa yang difikirkan anak saya di ketika ini? "Ibu, di mana kamu?" *_*
Mudah-mudahan, pengalaman baru ini akan mematangkan dia untuk memasuki alam persekolahan dan seterusnya menjadi insan yang berilmu. Amin.

Ingat pesan guru, ya anakku. <3

MCK Masuk Carta Lagi!



Saya masih teringat ketika menulis manuskrip untuk siri Merah Cinta Kita ini. Masa yang pendek, tugasan kena tepat dan guruji yang mempunyai seribu mata. Heee...

Pendek kata, saya dan rakan penulis bertungkus lumus menyiapkan manuskrip ini. Sekarang, kami terasa semua usaha seakan berbaloi dengan kerja keras yang diberikan tidak lama dahulu. Hmmm... terasa rindu pula untuk kembali menulis seperti di ketika itu.

Inilah balasan dengan jerit perit kami. Naskah MCK mendapat tempat di mana-mana sahaja
.
Kepada sesiapa yang belum mendapatkannya, silalah berbuat demikian. Ada peraduan. Sila lengkap dan hantarkan sebelum 31/5/2012! Hadiah menarik menanti anda!

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012!

Setiap saat masa bertambah. Begitu juga dengan usia.

Kata emak, semakin berumur, tenaga semakin berkurangan. Uban di kepala semakin bertambah. Sikap kita? Adakah semakin hari semakin matang atau sebaliknya.
Kita sebenarnya leka. Leka untuk mengejar dan menghambat kekayaan. Ilmu di dada kita biarkan sepi tidak berisi. Ya. Kita katakan. Umur masih muda... tunggulah apabila tua. Ketika itu, kita ubah menjadi lebih berilmu.
Saya ingin penuhkan diri dengan ilmu yang bermanafaat. Lebih bersikap positif dan pedulikan anasir-anasir negatif yang cuba menghimpit diri. Sekarang, saya perlu berlari dan bukan lagi berjalan kerana...

Saya mahu tinggalkan sesuatu untuk anak-anak bangsa. Untuk generasi saya!
Selamat Tahun Baru 2012! Ke arah lebih berjaya, lebih berilmu dan lebih beriman. Amin.