RAKAN2:

Sunday, January 15, 2012

Siapa Selepas Datuk LCW?

Hari ini, suami mengajak kami ke stadium badminton untuk melihat perlawanan akhir Terbuka Malaysia di antara Datuk Lee Cheong Wei dan Tago (Jepun).
Mungkin ada sesetengah yang akan mengatakan lebih baik duduk sahaja di hadapan kaca televisyen daripada bersesak-sesak untuk ke sana.
Jawapan itu kurang tepat bagi peminat fanatik sukan seperti suami saya!

Semenjak awal lagi, saya sudah menjangkakan Datuk LCW akan menang. Tago bukannya lawan beliau tetapi sudah rezeki Tago untuk mendapat tempat ke dua dan membawa pulang lebih RM40K! Wow!







Kehadiran penonton yang membanjiri kawasan stadium ini adalah satu yang amat dibanggakan. Walaupun tiket yang paling murah berharga RM25 seorang, setiap ruang dipenuhi oleh peminat sukan.
Kebanyakkan ibu bapa mengambil masa ini untuk membawa keluarga mereka menyaksikan acara hebat ini. Satu cara untuk mendidik anak-anak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Sebelum saya mengakhiri catatan ini, saya tinggalkan anda dengan satu pertanyaan.
Siapa selepas Datuk Lee Cheong Wei? Siapakah yang akan membuat tarikan sebegini di masa hadapan? Kita perlukan 10 orang pemain badminton yang sama atau lebih, seperti beliau!

Syabas Datuk Lee Cheong Wei! <3

No comments:

Post a Comment