RAKAN2:

Tuesday, February 4, 2014

Kak Long: Doa Ibu Senantiasa Mengiringimu

Anugerah Penghormatan Pengetua
Untuk Kali Ke 2/2013, Alhamdulilah
Program Gerak Gemilang
30 Januari, 2014.

Ada sesuatu yang tidak boleh kita kawal, sistem. Biarpun sistem pembelajaran berubah2 dan semakin tidak difahami, tugas seorang pelajar adalah untuk bersedia dan terus berusaha... 

Kejayaan tidak pernah datang bergolek. Kejayaan juga tidak akan hadir, sesudah anak membuka mata setiap pagi. Kejayaan tidak pernah datang dalam realiti jika tanpa usaha... Usaha perlulah dalam semua bentuk. Pengorbanan masa, wang ringgit dan juga... air mata. Jangan pula lupa senjata orang islam, doa!

Saya pernah berkias kepada kak long, pastikan dia senantiasa berada dalam kelompok hadapan ketika berlari. Ikutilah mereka dengan rapat... jangan biar ada ruang di antara dia dan mereka. Anak pasti berjaya.

Di sini, saya kongsi sedikit kegembiraan dalam ratusan titisan air mata yang pernah tumpah setahun yang lalu. Sesekali, saya hampir tewas dan menyerah kalah. Tika itulah saya bangun dan mengingatkan diri sendiri. Ya. Bukannya senang untuk 'melepaskan' dan akhirnya, saya bersyukur kerana Allah mengizinkan kak long, 'berada dalam kelompok hadapan setiap semester. Aamiin. Alhamdulilah.

Khas untuk kak long,

"Untuk perjuangan yang belum selesai... teruskan anakku. Doa ibu senantiasa mengiringimu."

No comments:

Post a Comment