RAKAN2:

Friday, December 30, 2011

Saya Hanya Mahu, Ahmad!

Nampak gayanya macam kami akan berkampung di dalam hospital ini sambil melihat pancutan bunga api ke udara. Itupun jika bunga api dapat dilihat dari sini. Firasat saya mengatakan tidak!
Mungkin, kami boleh lihat burung-burung gagak bertenggek pada setiap dahan pokok-pokok tua.
Ya. Anak saya yang bongsu tidak sihat. Dia mengalami muntah-muntah dan cirit-birit yang terlalu teruk. Pada permulaannya, saya menganggap cirit-birit ini tidak akan berlarutan... Ini berpandukan dari pengalaman saya sebelum ini dengan dua orang anak perempuan. Namun, telahan saya tidak benar!
Masuk hari ke dua, Ahmad semakin lembik dan tidak mahu bersuara. Dia semakin menunjukkan reaksi yang menggusarkan saya. Untuk menyedapkan hati saya, saya membawanya ke klinik biasa sekali lagi. Ini bukan perangai saya sebenarnya. Saya lebih suka berjumpa pakar kanak-kanak sebelum ini. Entah kenapa, saya bersikap lewa kali ini. Hmmm...
Keesokkan harinya, saya bertindak lebih agresif. Ahmad terus dibawa berjumpa doktor pakar. Akhirnya, anak saya ini dimasukkan ke dalam wad. Alhamdulilah... setelah lebih dari tiga botol air dimasukkan (Ketika catatan ini ditulis), dia menunjukkan reaksi positif. Saya menarik nafas lega.

Jika sebelum ini, dia menolak sebarang makanan. Sekarang tidak lagi. Saya masih ingat, makanan pertama yang dimintanya... (Setelah lebih dari dua hari tidak makan)

"I want cheese pizza!" Sambil merenung tangan kanannya yang dimasukkan air.
Ketika itulah, saya tahu... dia sudah menjadi dirinya kembali. :D
Saya mahu Ahmad kembali cergas. Saya mahu Ahmad menjerit setiap kali kami tidak menurut kemahuannya untuk membeli roti cheese. Saya mahu dia merenget ketika mahu dibelikan hot dog. Saya mahu Ahmad, anak saya kembali seperti sediakala.

Ibu sayang kamu, Ahmad. <3

6 comments:

  1. maad. warna font dengan latar merah, susah nak baca lahh

    ReplyDelete
  2. Tersentuh mendengar cerita akak. Semoga anakanda cepat sembuh dari ujian yang diberikan ALLAH ni ya. Akak dan keluarga pun saya doakan agar diberikan kekuatan.

    Ps. Yalah kak, tulisan tak berapa jelas, mungkin boleh cuba layout theme yang lain. Lagi satu, saya cadangkan agar akak buat perenggan. Kalau campur semua macam ni agak terkeliru n berserabut sikit nak baca. Hanya berkongsi pandangan sahaja. :D

    ReplyDelete
  3. pi cari jus monavie bagi dia minum......

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas doa dan kunjungan.

    A'ah satu cadangan yang bagus, perenggan. InsyaAllah saya akan usahakan sesuatu.

    ReplyDelete
  5. Didoakan semuga Ahmad cepat sembuh dan cergas sprt biasa semula...

    ReplyDelete