RAKAN2:

Wednesday, December 1, 2010

Sakit Mata


Sakit Mata berlaku apabila ruangan yang berwarna putih di dalam mata berwarna kemerah-merahan. Ini boleh berlaku jika mata kita terlalu sensitif pada sesuatu keadaan ataupun dijangkiti beberapa jenis virus.
Di antara virus yang terlibat adalah: Adenovirus, Herpes viruses, Corona viruses dan banyak lagi.
Saya cadangkan agar sesiapa sahaja yang dijangkiti sakit mata agar menjaga kebersihan diri dan orang-orang yang tersayang sebaik yang mungkin. Selepas membasuh tangan pastikan anda menggunakan sanitizer. Amalkan sikap sebegini sebelum dan sesudah menyentuh kelopak mata anda yang telah dijangkiti.
Baru-baru ini, anak ke dua saya telah dijangkiti sakit mata yang agak teruk dan terpaksa mendapat rawatan susulan ke hospital pakar. Jangkitan itu telah menyebabkan kedua kelopak matanya bengkak dan mengeluarkan gumpalan tahi mata yang agak berbau. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk jika dia mengambil makanan berprotein tinggi. Selepas dua minggu, barulah kedua matanya kembali pulih.
Namun, halnya tidak berhenti di situ apabila anak lelaki saya turut sama dijangkiti sesudah kakaknya pulih. Paling sukar, ketika hendak menitiskan ubat ke dalam matanya. Sukar... kerana dia takut!
Sekarang... saya dan suami mengalami jangkitan yang sama. Pedih, perit dan agak berat untuk membuka kelopak mata ini.
Mudah-mudahan, ujian ALLAH ini akan ditempuhi dengan penuh kesabaran. Mata pun perlukan rehat...
Jumpa lagi, semua! ^^

2 comments:

  1. ooh..penyakit ni gak dikenali sebagai mata merah. Penyebabnya adalah virus ataupun allergi. Tapi, kak as sekarang alami penyakit mata merah sebab virus. Iqah pernah kena penyakit ni sebab terjangkit dari kawan. Memang azab! Pakai spek hitam. Kalau orang lain pandang mata kita yang sakit tu, penyakit tu akan merebak kat orang lain. Dan yang paling penting, jangan gosok kalau ia gatal. Nanti merebak kat sebelah mata yang tak kena tu. Sekian.
    ~Iqah Irah

    ReplyDelete
  2. Salam Fiqah,

    Kata doktor, penyakit ini tidak berjangkit kecuali dengan sentuhan. Contohnya, tangan akak menyentuh tempat sakit dan kemudiannya bersalaman dengan orang lain. Orang ini pula secara tidak sengaja menyentuh matanya.

    Kata doktor lagi, virus tidak boleh melompat. :)

    Oleh kerana itu, amat penting untuk membasuh tangan dengan sempurna.

    Terima kasih kerana sudi singgah dik.

    ReplyDelete