RAKAN2:

Wednesday, August 3, 2011

Indahnya Bersahur

Salam sayang.
Alhamdulilah... malam ini masuklah malam ke 4 kita di dalam bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadhan.
Anak-anak saya telah diajar dan dilatih untuk berpuasa sedari kecil lagi. Mereka telah berpuasa seawal usia 5 tahun lagi tanpa sebarang 'sogokkan'. Saya tidak pernah mengajar anak-anak akan imbuhan jika mereka berupaya untuk berpuasa sebulan. Alhamdulilah, mereka telah lakukannya setiap tahun tanpa sebarang sungutan.
Mereka juga mempunyai kekuatan untuk bangun sahur seawal 4 pagi. Saya begitu teruja melihat menu pagi mereka seperti menu sewaktu berbuka. Mereka cukup berselera sedangkan saya sudah cukup dengan nasi putih, ikan kering dan sedikit kuah. Saya tidak akan pernah lupa untuk mengambil kurma dan air milo. Itulah menu pelengkap saya semenjak di awal usia remaja lagi.
Bangunlah untuk bersahur walaupun dengan hanya meneguk segelas air. Selamat bersahur semua.

No comments:

Post a Comment