RAKAN2:

Sunday, August 14, 2011

Jerawat?

Inilah struktur kulit muka yang normal (Rujuk gambar di atas). Jika sesuatu berlaku pada hormon di dalam badan maka kita terdedah untuk ditumbuhi 'jerawat'. Satu perkataan yang menakutkan bagi wanita khasnya. Menurut kata doktor pakar, jerawat terjadi oleh banyak perkara. Di antara faktor yang menggalakkan pertumbuhannya, jika kita ada mengambil ubat-ubatan tertentu, stres atau kurang tidur. Mungkin... dalam hal saya kurang tidur. *_*
Baru-baru ini saya ditumbuhi jerawat yang teruk pada sebelah kanan wajah. Pada permulaannya saya ingatkan perkara biasa namun... keadaan bertukar teruk kerana jerawat itu tidak mahu hilang ke suatu jangka masa yang lama (lebih dari 3 minggu).
Oleh kerana itu, saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor pakar kulit. Inilah kali pertama saya berjumpa dengan pakar kerana sebelum ini, saya tidak pernah dinaiki jerwat sedari usia remaja lagi. Kenapa umur yang hampir lewat usia 30 tahun ini... ada jerawat?
"Ohh... tidak!"
Saya kongsikan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor pakar kulit.
Peringatan, ubat ini hanya di atas nasihat doktor pakar dan kaedahnya mungkin berlainan kepada orang yang lain. Sila rujuk doktor pakar dahulu untuk sebarang masalah ya.
Alhamdulilah... wajah saya semakin hari semakin pulih... kata doktor pakar, perubahan dapat dilihat dalam masa 3 minggu. Selepas ini, saya dapatlah memiliki kulit wajah yang bersih dari sebarang noda dan cela. ^_^ (Senyum lebar)
Jumpa lagi! <3

No comments:

Post a Comment