"No, strawberry!"
Itulah ayat yang bermain di bibirnya setiap kali kedua-dua kakaknya bercerita akan buah itu dan apa yang bakal mereka lakukan di Cameron Highlands.
Kami mengikut laluan Tapah-Cameron Highland kerana bimbang keadaan trafik yang pastinya sesak jika mengikut laluan Simpang Pulai-Cameron. Sekitar jam 3 petang kami tiba di kawasan yang dingin itu. Ya. Kali ini, Cameron Highland cukup di
ngin!
Rezeki pula seakan berpihak kepada anak-anak perempuan apabila sejurus mereka membuka pintu bilik yang terletak pada aras paling teratas, terhidang di atas meja sepinggan buah merah itu dan coklat cair. Apa lagi, serang!
Jika dahulu, kami tidak begitu meneroka bandar dingin ini kerana hujan kerap turun pada sebelah petangnya. Kali ini, saya secara peribadinya cukup berpuas hati kerana dapat membawa anak-anak melihat spesis bunga mawar.
Ahmad begitu teruja mencium setiap bunga mawar yang dilihatnya. Ladang bunga ini penuh dengan bunga-bungaan yang terdiri dari pelbagai warna dan hampir setiap satunya sebesar tapak tangan. Mungkin, lebih besar dari itu!
Sebelum ke Cameron, saya diingatkan pada laman muka buku agar ke lokasi penggambaran filem Ombak Rindu. Khabarnya penggambaran filem tersebut dirakam di kawasan ladang teh Boh di Palas.
Jangan lupa bergambar kerana ia mempunyai seribu satu cerita di dalamnya. Tolong abaikan wajah yang penat itu. :D
No comments:
Post a Comment