RAKAN2:

Monday, June 18, 2012

Tua Adalah Pasti!

Alhamdulilah, umur saya sudah meningkat ke satu tahun lagi. Saya bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada saya untuk menghirup udara di dunia milikNya ini. Saya juga bertuah kerana dilahirkan ke dunia ini.

"Emak dan arwah ayah, terima kasih kerana membesarkan saya. Anda berdualah permulaan saya."

Kek yang agak mahal bagi saya tapi saya suka. <3
Arwah ayahlah yang banyak mencorakkan siapa saya sebenarnya. Saya dididik dengan penuh dedikasi dan berdisplin. Saya membentuk dan menjadi insan seperti yang anda lihat pada hari ini.

Bercerita tentang arwah ayah... membuat saya sebak.

Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan kesejahteraan saya pada laman muka buku dan ada juga yang menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit. Saya amat hargainya dan berusaha untuk membalas komen anda itu.

Mudah-mudahan, kita semua beroleh keberkatan. InsyaAllah.

Dim Sum, ada isi udang yang lembut.

Sambutan hari lahir saya amatlah sederhana. Tiada majlis besar-besaran kerana saya lebih suka majlis tertutup. Restoran masakan cina muslim menjadi pilihan saya pada malam itu. Sememangnya, saya sudah jatuh cinta dengan dim sum. Ini kali ke tiga, saya berpeluang untuk merasai makanan sebegini kerana ahli keluarga yang lain lebih suka menikmati masakan melayu.

Saya tidak pernah takut untuk menjadi tua. Pada saya, semua orang akan melalui proses sebegini. Saya lebih suka menikmati setiap hari mendatang dalam penuh ketenangan dan tanpa stres. Itu sikap saya. Saya tidak suka memberatkan jiwa saya dengan membilang garisan kedut di muka atau uban di kepala.

Ia adalah nikmat Allah. Redha dengan pemberianNya dan nescaya hidup ini akan lebih damai. Jiwa akan lebih bersedia.

2 comments:

  1. salam akak nk tnya ckit
    akak makan dim sum tu kt restoran cina muslim kt area mne ya?
    adeq ngah wt research sal dim sum tuk assgmnt kls she ni hihhi...tq..

    ReplyDelete
  2. Maaf dik, akak baru perasan teks ini.

    Ada beberapa buah kedai di sekitar sini. Satu di Wangsa Maju berdekatan dengan Carefour. Ada satu kedai di Taman Melawati dan juga di Taman Melati. Satu deretan dengan gerai menjual satay Sahmuri.

    Harap membantu dan maaf terlewat menjawabnya. Terima kasih kerana sudi singgah. :)

    ReplyDelete