RAKAN2:

Tuesday, July 3, 2012

Bukan Lagi Rahsia.

Pelancaran Majalah, Butik Dan Aksesori FAREEDA
1 Julai 2012, di Bangi

Perjalanan yang tidak pernah dirancang dan tidak telintas di fikiran. Segalanya di atas izin dan restu Allah taala. Wanita yang bernama Asnidar ini TIDAK pernah termimpi yang suatu hari nanti, dia akan berada di kalangan jenama FAREEDA. Alhamdulilah...

Dua hari sebelum majlis pelancaran, saya tidak boleh berdiri dan banyak bergerak. Tekanan darah semakin menurun. Sesekali, saya berfikir... agaknya sudah sampai 'masa'. Saya tidak seperti selalu cergas dan banyak cakap. Saya kerap termengah dan sakit-sakit.

Pelancaran disempurnakan oleh Faezah Elai.
Berdiri disampingnya, Duta FAREEDA.
Nah, pagi 1hb Julai, semua urat di badan saya seakan bersatu. Otak dan hati sehala. Mereka seakan bersetuju berdamai untuk saya. ^^

Saya juga terkejut ketika nama disebut oleh hos pada hari itu. Ketika itulah, hati saya berdetik...

"Asnidar, tugas bertambah berat!"
Voucher RM20 bagi pembelian
satu majalah FAREEDA. :D
Saya tidak mahu bercerita tentang majalah FAREEDA di sini. Kata guruji, sesuatu yang bagus akan bercakap dengan sendirinya. ~Kenyit mata~

Saya cuma ingin tegaskan kepada mereka yang mahu turut serta dalam Pencarian 'Cover Girl' bolehlah mendapatkan borang di dalam majalah ini. Diskaun istimewa juga disertakan bagi sebarang pembelian. Bolehlah berbelanja sakan di butik FAREEDA nanti. ~Kenyit mata lagi~

Ada beberapa nama yang saya ingin sebutkan di sini;

Arwah ayah dan ibu, terima kasih untuk sayang dan tunjuk ajar. Saya menulis untuk ayah... walaupun ayah tiada, saya tahu ayah melihat 'di sana'.
 

Puan Faridah, saya sayang anda. Terima kasih dan alhamdulilah, Allah menemukan kita. Sila beri tunjuk ajar.

Suami dan anak-anak, andalah segalanya!

En Fairuz Zakaria, terima kasih kerana tidak jemu melayan kerenah saya dan percaya bakat ini.

Puan Sri Diah, saya akan senantiasa ingat nasihat dan kenang BUDI puan itu. Terima kasih.

Dr Johari Hamid, terima kasih kerana MEMAKSA saya berkarya. Saya tidak tahu saya punyai sesuatu.

Kepada mereka yang tidak disebut, andalah kekuatan Asnidar Shafie!

Perjalanan baru bermula dan masih jauh lagi. Kita doakan semoga Allah merestui dan merahmati segalanya. Aamiin.

6 comments:

  1. Tahniah kak :)..kat mana boleh beli majalah ni kak?

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Yanni. Buat masa sekarang, edaran di semua butik FAREEDA, 'reseller' dan juga pengedar. Boleh rujuk mereka ya.

    ReplyDelete
  3. Saya memang suka MEMAKSA As menulis dan menulis dan menulis..jangan perdulikan kritikan..kerana ada kritikan boleh 'menjatuhkan' kita..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Prof! Tanpa prof, siapalah Asnidar. ;)

    ReplyDelete