RAKAN2:

Tuesday, August 28, 2012

Syawal, Bulan Kemenangan!

Kita masih lagi di dalam bulan Syawal. Tidak terlewat untuk saya mengucapkan; Salam Aidilfitri 1433H. Maaf, zahir dan batin kepada semua pembaca blog merpati putih.
 
Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling sibuk dengan aktiviti yang boleh menaikkan saham akhirat. Sementelaah pula, anak sulung saya akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi... bertambah-tambahlah sibuknya. Anak yang nak periksa, ibunya pula yang terlebih berdebar. ^^
 
Kali ini, lebaran diraikan dalam kesederhanaan... disebabkan, hati saya lebih memikirkan peperiksaan yang bakal menjelang. Kata arwah ayah, "Tiap-tiap tahun, boleh raya."
 
Kami hanya mengambil masa yang cukup singkat untuk beraya di Kedah dan juga Perak. Cukuplah... sekadar penyedap hati dan mata.
 
Nah! Raya ke tiga, kami sudah kembali ke kota berdinding batu ini. :D
 
 

3 comments:

  1. Akak. Mana bleh dapat buku tentera kutu ni Ye? Anak saya cukup berminat. Di library sekolah dibacanya tapi x boleh pinjam

    ReplyDelete