
Pertama, saya baru menulis beberapa manuskrip dan sekarang, saya sudah mahu 'bermain' dengan drama pula.
Kedua, saya masih berjinak-jinak dengan penulisan di dalam bidang majalah. Saya mahu pergi jauh lagi di dalam bidang ini. Adakah saya ada masa untuk ini?
Dan bukannya yang terakhir, apa jadi dengan manuskrip 'A' itu? Saya akan menghabiskannya sebelum menjejakkan kaki ke universiti tahun depan! Apa? Ya. Saya mahu kembali ke universiti. Saya mahu merasai alam itu. Saya sudah bersedia untuk apa saja kerana umur saya semakin lanjut.
Saya sudah tidak punyai masa lagi.
Ke garisan... sedia... lari!
No comments:
Post a Comment