RAKAN2:

Thursday, September 22, 2011

Ampang-Beserah-Trengganu (Akhir)

Akhirnya, kami sampai juga ke Trengganu lewat petang itu.
Sesudah selesai membersihkan diri, kami bergegas melawat rakan yang membuat rumah terbuka petang itu.
Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menjemput kami sekeluarga.
Laksa, mee goreng, nasi himpit dan sup adalah juadah yang cukup sedap petang itu!
Keesokkan harinya, kami memilih pasar payang dan taman tamadun islam sebagai destinasi lawatan kami. Ke Pasar Payang? Beli apalah agaknya? :D :D

Ini adalah pintu gerbang taman tamadun islam di Trengganu. Jangan lepaskan peluang untuk ke sini.
Kami hanya peruntukkan dua jam untuk mengelilingi taman ini. Saya perlu lebih lama untuk itu dan pasti akan kembali lagi ke sini!
Cuaca cukup panas dan terik hari itu. Berbotol-botol air mineral habis dikerjakan kami anak beranak. :D
Huh, Trengganu memang panas!
Kami mengabadikan berpuluh-puluh keping gambar yang menarik di taman tamadun yang berkonsepkan islam ini.
Saya kongsikan gambar bersama suami tercinta. <3. Oleh kerana suami seorang ahli sukan, berjalan kaki tidak memenatkannya langsung walaupun taman tamadun islam ini cukup luas dan lebar! Saya ingatkan, PAKAILAH KASUT SELIPAR YA!

Sempena bulan Syawal, suatu malammesra Aidil Fitri telah diadakan di hotel ini. Malam yang cukup sederhana dan dimeriahkan lagi dengan nyanyian nasyid daripada bakat-bakat terpendam.
Anak-anaklah yang paling seronok kerana mereka dapat menyaksikan Silap Mata secara langsung di pentas yang serba indah ini. (Rujuk gambar)
Satu pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan fikiran. Kita tidak perlu pergi jauh-jauh dari sini untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi. Segalanya ada di sini!
Malaysiaku yang indah. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment