RAKAN2:

Wednesday, April 18, 2012

Ahmad Sudah Besar!

Beberapa bulan yang lalu, Ahmad agak sukar menyesuaikan diri di tadikanya. Pada ketika itu, dia kerap meminta saya agar berada bersamanya di dalam kelas.
"Ibu, masuk dalam kelaslah..."
Ahmad merenget dalam bahasa yang agak pelat. Luluh jiwa saya apabila melihat dia menangis ketika saya bergerak pergi dari tadikanya. Di antara mahu dan tidak, saya memaksa hati menjadi keras. Ahmad harus saya tinggalkan juga di situ. Saya mengajar hati menjadi kuat untuk Ahmad belajar mengenal erti dunia barunya.

Sekarang, Ahmad tidak lagi bersikap sebegitu. Sikapnya yang ramah membuatkan dia disenangi oleh rakan-rakannya. Saya boleh agak dia memperolehi perangai itu dari siapa. ^_______^

Baru-baru ini, tadikanya mengadakan sukan tahunan. Acara yang dipertandingkan cukup mudah dan sesuai dengan umur kanak-kanak ini. Pemilik tadika memberitahu saya, beliau mengadakan sukan ini di dalam dewan bagi melarikan anak-anak didiknya dari cuaca panas. Tambahan beliau lagi, cuaca yang panas akan menyebabkan mereka pitam! Saya terima alasan itu. Ia cukup bagus! ~Angkat ibu jari kanan~

Saya kongsikan beberapa keping gambar pada ruangan ini dan lihatlah sendiri aksi Ahmad yang bersahaja.


Ahmad dan rakan-rakannya sedang bersiap sedia untuk memulakan acara mereka.

Ahmad mengatasi rakannya yang lain dalam acara berhalangan ini. Dia merupakan peserta yang pertama di dalam kumpulannya. Ahmad, boleh!



Inilah acara yang ditunggu Ahmad. Menari dan menyanyi di dalam kumpulan. Dia fokus dan cuba lakukan yang terbaik.
Saya tak pasti, dari mana dia memperolehi seni ini. ~Kenyit mata kiri~
Akulah juara!
Hingga jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment