RAKAN2:

Wednesday, April 11, 2012

Suatu Hari Di Sepang

Pada hari Isnin yang lepas, saya dan Grup Buku Karangkraf telah dijemput untuk menjayakan Program Nilam 2012 di sebuah sekolah yang letaknya di daerah Sepang. Sekolah ini hanyalah beberapa kilometer dari Pantai Bagan Lalang. Suatu kawasan yang kerap menjadi pilihan saya dan keluarga untuk bercuti.
Perjalanan yang memakan jarak perjalanan 160 km sudah tentu amatlah memenatkan. Namun, segala penat dan lelah itu hilang apabila saya terpandang senyuman manis daripada guru-guru Sek Keb Taman Pantai Sepang ini.
Alhamdulilah, saya tiba tepat pada masanya. Sebelum meneruskan acara pada pagi itu, saya dijemput untuk menjamah mee kari dan teh tarik. Saya senyum lebar kerana hidangan itu menepati citarasa saya. Mujurlah, saya bukannya pesakit kencing manis. :D
Keterujaan saya bercambah apabila dibawa ke suatu kawasan sekolah yang menempatkan kesemua murid di sekolah itu. Saya pandang-pandang wajah adik-adik yang memenuhi barisan hadapan. Setiap kali, saya lemparkan senyuman ke arah mereka, mereka akan senyum kembali. Manis dan jujur. Tiada prasangka. Kita yang dewasa agaknya sudah lupa bagaimana untuk memberikan senyuman sebegitu. ^____^
Jadual dimulai dengan bacaan doa, ucapan Puan Siti Salbiah, PK HEM dan seterusnya perasmian program oleh Asnidar Shafie.
Apa? Saya yang kena rasmi? Saya terkejut seketika dan mencongak susunan ayat. Inilah kali pertama, saya diberi peluang untuk merasmikan acara tertentu. Saya cukup terharu dan tiada perkataan yang boleh menggambarkan situasi itu.
Saya paling suka sesi 'Soal Jawab Bersama Penulis'. Tektik saya mengena apabila puluhan soalan diterima daripada adik-adik dari SKTPSP, hinggakan ada sesetengah soalan tidak dapat dilayan kerana kekangan masa. Ucapan terima kasih harus diberikan kepada mereka yang berani tampil dengan soalan itu. Syabas! :)
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Liza Jazam yang bertindak selaku penyelaras Program Nilam bagi tahun 2012. Terima kasih juga buat guru-guru penolong kanan, warga kerja dan seterusnya adik-adik dari SKTPSP.

Buat adik-adik dari SKTPSP:

"Kakak cukup terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik. Kakak tahu lantai itu sejuk dan adik-adik tetap di situ. Adik-adik setia menanti sehingga program berakhir. Kakak hargainya. Sayang untuk semua!"

2 comments:

  1. Thank Pn Asnidar kerana sudi datang ke sekolah kami..Moga dengan kehadiran Puan dapat mencetuskan minat murid untuk membaca dan insyaAllah dapat mengikut jejak Puan sebagai penulis...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah mudah-mudahan hendaknya. Aamiin.

    ReplyDelete