RAKAN2:

Monday, April 23, 2012

'EPL Masters Football 2012'

Peminat Fanatik!
Semalam, kami menghadirkan diri ke Stadium Malawati untuk menonton 'EPL Masters Football 2012'. Secara peribadinya, sukan bola sepak bukanlah acara kegemaran saya. Disebabkan suami amat meminati dan lebih kepada fanatik pasukan Liverpool... saya menurut sahaja. Asalkan saya dapat bersama dia... itu sudah cukup.
< 3 Jika sudah cinta... ke mana saja akan ku turuti... >3

9 keping tiket EPL Master League!
Menurut suami, sudah empat tahun berturut-turut, E'PL Masters Football 2012' dipertandingkan di Malaysia. Alhamdulilah, kami berpeluang mengikuti perkembangan bola sepak ini, tahun lepas dan juga tahun ini.

Kali ini, kesemua tiket diberi oleh salah seorang rakan suami. Mujurlah, si pemberi tiket ini tidak minat bola sepak. :D
Besar tapak tangan, padang bola kami tadahkan... ~Sengeh~

Kami sama sekali tidak melepaskan peluang ini walaupun acara ini memakan masa berjam lamanya. Anak-anak begitu asyik memerhati keadaan di dalam stadium dan tidak banyak merungut. Sesekali, mereka teruja mendengar lagu-lagu yang didendangkan oleh kumpulan Ultras Malaya.

Saya dan suami suka melibatkan anak-anak dalam apa jua acara dan bentuk riadah. Lagipun, perkara sebegini tidak akan berulang kembali. Saya mahu anak-anak mengingati saat dan ketika mereka bersama kami.

Mana tahu, suatu hari nanti... mereka akan bercerita sesama sendiri...
"Abah minat bola, ibu suka ambil gambar..." :D ~Senyum lagi~

No comments:

Post a Comment