RAKAN2:

Monday, April 19, 2010

Sejenak Di Bandaraya Singapura

Pada awal pagi 17hb April 2010, saya dan keluarga telah bersiap sedia untuk ke Singapura. Kami bersarapan nasi lemak, beberapa keping kuih dan secawan dua kopi panas pada sekitar jam 6.30 pagi di Hotel M-Suites. Sejurus kemudian, kami bertolak ke sana dengan menaiki bas persiaran berwarna hijau.
Anak-anaklah yang paling seronok dan teruja kerana mereka akan menaiki bas ketika berada di Singapura.
Ketika di sana, kami telah diberi penerangan oleh Encik Hari Rosli. Beliau amat bersemangat menceritakan perihal Singapura dan secara tidak langsung memperkenalkan Singapura kepada saya, khasnya. Saya memang dahagakan informasi tentang Singapura.Seakan cawan kosong yang disikan air...begitulah saya pada ketika itu.
Bas yang dinaiki kami melalui Woodland, kawasan Raffles, Jalan Orchard dan sehinggalah ke kem tentera Singapura sebelum tiba di Pulau Sentosa.
Keadaan di Pulau Sentosa panas dan kering. Sebahagian dari pulaunya masih belum siap sepenuhnya. Dari jauh kami dapat melihat kota Disneyland, Roller Coster dan beberapa buah bangunan yang masih di dalam pembinaan lagi. Dengan menaiki bas Sentosa, kami ke '3D cinema', 'Sentosa Cable Car', 'Sky fly', 'Faces Of Singapore' dan lain-lain lagi.
Selepas itu, kami bergerak ke Geylang untuk makan tengahari dan membeli belah. Oleh kerana masa yang amat terhad, kami hanya dapat mencuci mata di Geylang sebelum meneruskan perjalanan ke Masjid Sultan. Di sepanjang perjalanan ke Masjid Sultan, kami melalui pelabuhan Singapura, makam Temenggong Johor dan pelbagai bentuk bangunan-bangunan mewah.Kami juga di bawa merentasi sungai Singapura yang di bina khas sebagai bekalan air bersih bagi bandaraya itu.
Setibanya di Masjid Sultan, kami membeli sedikit cederamata sebagai tanda kenangan untuk diri sendiri. Kira-kira jam 6.00 petang kami bertolak keluar dari bandaraya ini. Penat dan letih jelas terbayang dari setiap wajah-wajah rakan taulan yang turut serta ke situ.
Saya nyatakan di sini, tidak tergambar oleh saya betapa dalamnya pengalaman ini dan tidak termampu saya luahkan satu persatu. Segala memori akan terpahat di lubuk jiwa yang paling dalam.
Kami tinggalkan Singapura dengan satu impian...
(Dalam gambar di sebelah kanan-Encik Hari Rosli bersama keluarga penulis)

2 comments:

  1. Blum pernah ke sentosa Island lagi...duluuu...pergi ms aisya darjah satu, we all kesn pi zoo n night safari je. then esok hari sopping2..then last year ke Singapore beli basikal aisya n then terus balik..hehehehee..

    ReplyDelete
  2. sentosa island macam 'center of attraction'...saya katakan;ala2 genting la lebih kurang...cuma dia ada underwater world,dolphin area,Disneyland
    kami akan kembali november 2010!

    ReplyDelete