ALLAH berfirman, "Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman." Surah al-Hijr:46
Butik Berwajah Baharu |
Sudah lama, saya tidak berkunjung ke butik FAREEDA di Permatang Pauh. Kali terakhir saya ke sini pada November 2011. Itupun, lebih dari setahun yang lalu. Seringkali, ada sahaja yang menghalang untuk saya kembali ke butik ini sehinggalah... saya terdengar berita tentang butik yang telah berwajah baharu. Hati... semakin berkobar-kobar untuk melihat sendiri perubahan itu.

(Rujuk peta di sebelah)
Jika sebelum ini, gambaran sebegini akan 'menyambut' kedatangan pengunjung, pelanggan dan juga penggemar tudung FAREEDA. Kini, tidak lagi. Hampir separuh dari kawasan ini telah bertukar! Pemilik beruntung kerana mempunyai tapak rumah yang sangat luas dan juga 'in house designer' nya sendiri. Apa sahaja boleh dilaksanakan tanpa memerlukan kos tambahan. :)
Untuk pengetahuan semua, inilah rumah asal yang 'melahirkan' seorang usahawan wanita yang cekal, Puan Faridah Zakaria.
![]() |
Dahulu |
Untuk pengetahuan semua, inilah rumah asal yang 'melahirkan' seorang usahawan wanita yang cekal, Puan Faridah Zakaria.
Oh! Ya! 'Billboard' ini didatangkan dengan sistem jadual berautomatik. Maksudnya, anda boleh mengetahui jika butik ini beroperasi ataupun tidak pada hari itu. Disertakan juga, pemberitahuan masa untuk kesenangan pelanggan. Menarik, bukan?
Walaupun kawasan ini belum siap sepenuhnya, ia sudah menarik permerhatian saya semenjak awal lagi. Saya begitu terpukau dengan sekeping potret yang terpapar pada dinding butik. Gambar pemenang model pertama FAREEDA menghiasi sudut ini. Padanan rona biru dan dinding berkotak coklat menjadikan ia tempat yang harus anda 'abadikan' ketika berkunjung ke sini.
Deretan keladi yang segar tidak berupaya mengalihkan pandangan saya dari menatap gambar-gambar model jelita menggayakan tudung pelbagai warna.
Bak kata pepatah, 'cegah lebih baik dari mengubatinya'.
Sudah tentulah, FAREEDA Sara tersenarai sebagai paparan terkini dan menjadi pilihan koleksi penggemar tegar.
Gambar ini saya ambil sebagai kenang-kenangan dan juga buat tatapan pembaca di blog. FAREEDA Zaynab adalah koleksi tudung labuh yang boleh anda beli dan dapati di mana-mana butik FAREEDA. Ia sebagai bukti, jenama ini ada mengeluarkan saiz tudung labuh. Jika anda perhatikan di belakang saya, ada pelbagai warna dari koleksi ini.
Anda boleh datang dan cuba sendiri di sini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta... Bila dah cinta, tidur malam... mengigau-ngigau. :)
Saya amat berterima kasih kepada pemilik FAREEDA, Puan Faridah dan keluarga kerana mengalu-alukan kedatangan kami tempoh hari. Jenama ini semakin dekat di hati kami...
Pembaharuan sebegini amatlah cocok dengan keadaan semasa FAREEDA yang semakin berkembang dan mendapat tempat di hati peminatnya. Kepada mereka yang masih belum singgah di butik ini, silalah berbuat demikian.
Anda tidak akan tahu, apa yang bakal menanti di sana!
Anda tidak akan tahu, apa yang bakal menanti di sana!
No comments:
Post a Comment