RAKAN2:

Tuesday, March 5, 2013

Tanah Ini Pernah Merah!

Saya tidak pernah melalui zaman penjajah. Kebanyakan kisah sejarah ini, diceritakan kembali oleh ayahanda atau bonda. Kerapkali, bonda akan mengingatkan kami, kesusahan pada ketika itu. Ubi kayu sebagai sumber makanan dan gelungan tikar dijadikan alas pakaian.

Apabila pencerobohan berlaku di Lahad Datu, kita seakan terpukul. Tersedar dari lena yang panjang. Saya mengambil peluang ini untuk menceritakan kepada anak-anak apa yang pernah terjadi pada negara tercinta. Saya mahu generasi seterusnya berkorban dan mempertahankan negara dari unsur-unsur sebegini.  

Peringatan datang dalam pelbagai perkara dan usahlah bermimpi lagi!

*Al- fatihah untuk mereka yang gugur kerana mempertahankan negaraku.

2 comments:

  1. As salam...
    Kadangkala kita leka bila diulit kesenangan.
    Bila kesusahan menghimpit baru tersedar.
    Al-Fatihah utk wira-wira yang terkorban.

    ReplyDelete
  2. waalaikummusalam Kak Sarimah,

    Betullah tu. Al-fatihah buat mereka.

    ReplyDelete