RAKAN2:

Sunday, January 22, 2012

Ahmad Sudah 5 Tahun!

Sudah lima tahun, saya melahirkannya. Saya pun sudah lupa trauma melahirkan dia.

Hari jadi anak saya, Ahmad pada 20/1/2012 disambut dalam keadaan yang cukup sederhana. Paling penting, anak-anak suka dengan pilihan menu mereka. :D


Saya kongsikan kek Ahmad yang telah ditempah khas. Lukisan kereta formula1 diabadikan pada kek ini. Tertera nombor 5 pada lakaran kereta tersebut. Ini sebagai tanda, Ahmad sudah mencecah 5 tahun pada tahun ini!
Saya cukup suka pada gambar ini. Entah kenapa, gambar ini seakan menceritakan perasaan saya malam itu. Anak saya, Ahmad sudah 5 tahun! Masa sememangnya bergerak pantas!

Jika pada suatu hari nanti, Ahmad boleh membaca catatan ini, dia harus tahu betapa saya sayangkan dia. Amat-amat sayang! Moga dia menjadi seorang insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Doa saya agar dia senantiasa ingat akan Allah dan kedua ibubapanya. Amin.

Ibu sayang Ahmad! <3

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum W.B.T.

    Semoga Kak Asnidar sihat wal 'afiat, ceria2 selalu disamping suami tercinta & famili tersayang hendaknya, Amin.

    Adinda Ahmad sangat bertuah kerana punyai kedua ayah bonda yang cukup menyayangimu. Hargailah nikmat kurniaan-Nya ini dengan menumpahkan sepenuh rasa kasih dan sayang yang tidak bernoktah buat keduanya. Di kala segelintir insan menangis kesepian pabila kedua ayah bonda mereka telah dijemput kembali menghadap Ilahi, Adinda Ahmad masih bisa merengek manja dalam kemesraan dakapan ibu tercinta.

    Pesanan ikhlas kanda teristimewa buat Adinda Ahmad, sematkanlah azam sekukuh gunung nan megah berdiri untuk memberikan kebahagiaan buat kedua ayah bonda tika Adinda Ahmad telah dewasa nanti. Kanda yakin, Adinda Ahmad bakal tumbuh menjadi insan cemerlang serta membanggakan kedua ayah bonda suatu hari nanti; Kanda cukup yakin itu.

    May Allah S.W.T. Shines with brighter path for your future life ahead, Amin.

    BEST regards,


    ~ SARJANA PANDIR ~

    MONDAY, 2:46 A.M., 23/1/2012

    ReplyDelete
  2. Amin. Terima kasih di atas doa saudara.

    ReplyDelete