RAKAN2:

Monday, May 7, 2012

Kek Cawan Pengikat Kasih

Kek cawan, hasil air tangan Kak Shahriah! Cantik tak?
Ini bukan kali pertama saya memuatkan entri berkenaan beliau. Beliau tidak asing lagi di dalam dunia Masterchef. Mungkin sudah rezeki Allah, siri Masterchef telah mengangkat beliau ke suatu tahap yang lebih tinggi.

Tahniah Kak Shariah Novelis. Bukan senang untuk membuat dua perkara di dalam sesuatu masa tetapi beliau sudah berjaya membuktikannya. Saya pernah berkata kepada guruji, saya begitu terpegun dengan cara beliau melayan peminatnya. Cenderahati yang saya kira mewah memang akan ada untuk mereka yang membeli karya beliau.

Jangan lupa untuk klik pada link di bawah. Anda akan bersetuju dengan apa yang saya katakan tadi. :)

http://shahriahnovelis.blogspot.com/2012/05/majlis-pelancaran-sajian-istimewa.html?spref=fb

Terima kasih Kak Shariah kerana sudi memasukkan gambar saya yang tidak sepertinya itu. Saya amat menghargainya. Saya akan dapatkan buku masakan akak secepat yang mungkin.

Kita jumpa awal bulan jun ya! InsyaAllah. <3

2 comments:

  1. Assalammualaikum... cayang Asnidar yang cantik ala-ala supermodel Universed versi melayu bertudung... wahh tinggi benar pujianmu dik... akak biasa aje... selagi ada kederat selagi itu kuperah segala keringat dan idea yang ada.... tq so muchhh cayang kat Asnidar..

    Akak lagilah terpegun!!! kali pertama jumpa Asnidar.. ya ALLAH! cantiknya ko dik.. dan jeles secara positif bila ku letak tangan kat pinggang masa nak bergambor tu.. pehh kan akak cakap... "Rampingnya!!! apakah rahsia???" anak dah berderet tapi maintain cun! hebat!!!!!!! tahniah dear kerana sama2 berkarya... cayang muahzz....

    buku adik semua akak dah belikan sebab anak akak yang gegirl tu memang fanatik bab membaca... dah habis pun katanya.. apa komennya???

    Pendek aje... "BEST!" dah tu jerk.. maknanya memang best naa ler tu hehehh.. cayang muahzzzzz

    ReplyDelete
  2. ^^ ~Sengeh sampai ke telinga~

    Peluk dan cium untuk anak akak tu. Nanti ada rezeki, kita jumpa.

    Terima kasih kerana sudi singgah dan mencatat sesuatu di sini.

    Wah, Masterchef in the house! ^^ ~Sengeh lagi~

    <3 <3 <3

    ReplyDelete