RAKAN2:

Monday, February 22, 2010

Diari Ayahanda

Sebentar tadi saya terpandang diari 2010. Pelbagai bentuk dan warna. Ditambahkan lagi dengan gambar-gambar yang menarik didalamnya. Menarik! Bisik hati saya.
Saya terkenangkan ayahanda...Sifat ayahanda yang amat saya kagum ialah keupayaan dan ketekunannya menulis di dalam diari. Ada sahaja benda yang hendak ditulisnya. Baik dari segi isu-isu semasa, kesihatan, soal duit, hutang piutang dan anak-anaknya. Setiap kali tiba awal tahun, dia akan ke kedai S.M. Osman membeli diari. Dia pasti akan belikan saya satu. Saya belek-belek dan penuhkan dengan lukisan saya. Ada suatu ketika saya hadiahkan diari Celcom dan Maybank padanya. Dia tidak tulis sepatah perkataan pun didalamnya. Sayang katanya. Kini diari-diari tersebut sudah di makan masa dan ada yang reput. Banjir besar hari itu telah meragut segalanya...Alangkah indahnya, jika dahulu saya tahu tentang NILAI DIARI AYAHANDA...

3 comments:

  1. kadangkala kita tak tahu nilai sesuatu barang tu...bila dah hilang....barulah kita tahu betapa ianya bernilai...tak per lah as...as masih ade semangat,ketekunan ayahanda as...jadikan lah dia sebagai IDOLA..insyallah as akn sentiasa mendapat inspirasi...percayalah..

    ReplyDelete
  2. dr. jo- terimakasih
    k.zu- berderai air mata, bila ingatkah ayahanda

    ReplyDelete